• Putrajaya, Malaysia
  • December 10, 2024

Keputihan ni walaupun nampak macam biasa jer, tapi kalau tidak diatasi, ia boleh menjadi masalah keputihan yang serius. Keputihan yang mula berwarna hijau membawa petanda yang buruk.

Ianya boleh menjejaskan bahagian peranakan wanita. Malah boleh mengganggu hubungan suami isteri.

Nak berkongsi cerita terasa hati dengan suami yang mula menjauh sebab masalah keputihan yang dihadapi mesti terasa malu.

Sebagai wanita, masalah keputihan ni menjadi isu yang agak sensitif. Saya faham sangat sebabnya saya pun seorang wanita.

Walaupun ramai di kalangan remaja, wanita dewasa atau yang telah berumahtangga yang mengalami masalah keputihan ni, tapi perasaan segan lebih menebal apabila ingin berjumpa doktor.

Rasa macam tak terkeluar kata-kata nak maklumkan kepada doktor tentang masalah keputihan yang sedang dihadapi.

 

 

masalah keputihan hijau

 

Keputihan Yang Normal (Tidak Berbahaya)

  • cairan yang cair
  • cairan berwarna jernih
  • cairan tidak melekit
  • cairan yang tidak berbau
  • cairan yang tidak gatal
  • cairan yang keluar sedikit

 

Keputihan Yang Tidak Normal (Berbahaya)

  • cairan kental
  • biasanya berwarna putih susu, kuning, kehijauan atau kelabu
  • cairan yang melekit
  • cairan yang mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan
  • cairan yang menyebabkan kegatalan
  • jumlah cairan yang banyak sehingga menyebabkan kebasahan pada seluar

 

Petua Mengatasi Keputihan

Dalam masyarakat kita, pelbagai petua tradisional yang digunakan untuk menghilangkan masalah keputihan. Ini adalah sebagai rawatan alternatif.

Di antaranya ialah menggunakan daun pegaga dan daun sirih.

 

Merawat Keputihan Dengan Daun Pegaga

  1. Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya dan bersihkan.
  2. Rebus bersama 2 gelas air.
  3. Masukkan sedikit garam ke dalam air rebusan tadi
  4. Biarkan mendidih dan kemuadiannya disejukkan
  5. Setelah sejuk, tapis air tersebut
  6. Minum 2 kali sehari
  7. Amalkan sehingga keputihan dan rasa gatal hilang.

 

Merawat Keputihan Dengan Daun Sirih

  1. Ambil 12 helai dauan sirih
  2. Sediakan 1 liter air suam
  3. Ramas daun sirih bersama-sama air suam tadi
  4. Tapis air sirih tersebut
  5. Guna air tapisan ini untuk mencuci bahagian sulit anda
  6. Selain daripada menghilangkan bau dan gatal, daun sirih juga berkhasiat merapatkan kembali alat sulit wanita.
  7. Lakukan sehingga masalah keputihan yang dihadapi hilang.

 

Cara Merawat Keputihan Dengan Shaklee

Shaklee menawarkan Set Keputihan yang dapat membantu anda yang bermasalah yang terdiri daripada Alfafa, GLA Complex dan Garlic Complex.

 

tips menghilangkan keputihan

Alfafa sangat kaya dengan klorofil dan merupakan antikulat yang bertindak menghalang keputihan keluar dengan banyak.

Saya sendiri, kalau makan sayur yang agak berlendir macam bendi dan timun batang, mesti discharge yang keluar tu agak banyak walaupun jernih dan tidak berbau atau tidak gatal.

Tapi lepas makan Alfafa, inshaa Allah dalam waktu terdekat, discharge tersebut akan berkurangan dengan segera.

Alfafa ni pun bagus untuk bantu wanita merapatkan kembali Miss V mereka.

GLA Complex pula bertindak menghalang keputihan daripada berulang.

Garlic Complex adalah antibiotik semulajadi, antikulat dan bertindak meningkatkan imun tubuh kita melawan jangkitan kuman.

 

Pesanan khas buat para suami: “Kalau isteri anda mengalamai keputihan, jangan sisih atau buat acuh tak acuh pada mereka. Tapi bantulah mereka mencari penyelesaian kepada masalah yang boleh diatasi ni.

Masalah keputihan bukan dicari oleh mereka tapi kadang-kadang berlaku tanpa dipinta.”

 

Lepas ni mesti dah berseri-seri wajah isteri. Sebabnya kerut seribu akibat risau dengan masalah keputihan dan tiada. Suami pun dah tak mahu berenggang 😛

 

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Facebook: Naimah Wahab

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

18 thoughts on “Cara Merawat Keputihan Agar Tidak Dijauhi Suami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge