• Putrajaya, Malaysia
  • April 29, 2024

Ramai yang nak kurus, tak kurang juga yang berkobar-kobar nak diet. Namun semangat yang membara pada peringkat awal tu selalunya mudah terpadam di tengah jalan. Selalunya disebabkan rasa bosan atau tidak tahan dengan kata-kata orang lain yang mungkin suka memerli atau membuat gurauan sinis. Jadi macam mana nak terus bermotivasi?

 

 

Cara Kekalkan Motivasi Untuk Kurus

 

 

Tips Terus Bermotivasi Untuk Kurus

 

1) Jemput Semangat

 

Semangat hanya akan datang bila anda melakukan. Kalau anda asyik kat “takde mood nak bersenamlah”, “takde masa nak berdiet” atau apa-apa alasan, maka anda tidak akan mendapat sebarang perubahan pada diri anda.

 

Jadi, lakukan sekarang. Katakan pada diri anda, “aku mampu kurus!”, “aku boleh singkirkan cik obesiti dari hidup aku!”, “mudah jer nak kurus!” dan macam-macam kata-kata positif lagi.

 

2) Tandatangan Perjanjian Bertulis

 

Bunyi macam nak buka syarikat jer? Ye betul! Bila anda buat perjanjian bertulis, anda akan rasakan yang anda telah memulakan projek besar dalam hidup secara serius. Jadi ianya akan mempengaruhi tindakan anda. Anda akan jadi lebih bersungguh-sungguh lagi untuk mencapai matlamat projek tersebut.

 

Malulah pada pekerja syarikat kan kalau bos cakap tak serupa bikin, apatah lagi bos yang langgar perjanjian.

 

3) Lihat Pencapaian Atas Usaha Anda

 

Catat berat anda. Dalam bab ni, anda perlu juga mengambil kira inch loss yang anda telah capai. Ambil juga ukuran pinggang, peha dan lengan anda.

 

Jangan stress jika berat mingguan anda tidak terlalu turun. Jika baju anda yang sebelum ini seperti pembalut nangka di badan anda telah mulai longgar, itu adalah petanda yang baik!

 

4) Simpan Diari Diet Anda

 

Anda boleh membuat catatan tentang projek diet anda di dalam diari atau blog. Sekiranya anda berasa down, lihat kembali matlamat dan impian kurus anda.

 

Sekiranya anda menulis blog, boleh minta kawan-kawan komen. Dari situ anda boleh mendapat semangat dan motivasi untuk meneruskan usaha untuk kurus.

 

5) Lakukan Perkara-perkara Kecil

 

Anda tidak semestinya perlu bersenam sepanjang hari. Sewaktu anda menonton tv, semasa ruangan iklan, anda boleh melakukan sit up atau sebarang senaman ringan.

 

Selain daripada itu, pilihlah tangga berbanding lif atau escalator sekiranya ke pusat membeli-belah. Melakukan kerja-kerja rumah seperti mengemas, membersihkan halaman dan sebagainya turut menjadikan anda bergerak aktif.

 

6) Beritahu Kepada Orang Lain

War-warkan kepada teman-teman atau ahli keluarga yang anda dalam proses untuk kurus. Nanti dalam 3-4 bulan, mesti diaorang akan bertanyakan perkembangan anda.

 

Secara tidak langsung, anda pasti lebih bersemangat untuk membuktikan yang anda benar-benar telah mencapai target.

 

Boleh juga mengaturkan pertemuan dengan kenalan lama yang mungkin telah setahun tidak ditemui. Kalau mereka kata “wah, awak nampak kuruslah sekarang!”, itu bermakna anda telah berjaya. Hati pun semakin berbunga-bunga kan?

 

Seterusnya, jangan lupa share dengan orang ramai rahsia kejayaan anda. Apabila kita membantu lebih ramai orang, kita akan lebih bahagia dan termotivasi. Berkat hidup pun ya 🙂

 

Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

7 thoughts on “Diet; 6 Langkah Mudah Untuk Kekal Bermotivasi

  1. Ramai org yg give up nak kurus sebab diorg tak jadikan permakanan sihat dan sederhana sebagai habit diorg.

    Boleh baca kat Sado Street tentang mencipta habit untuk kurus.

    Dengan menjadikan permakanan sederhana tu satu habit, kita akan lebih konsisten.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge