• Putrajaya, Malaysia
  • May 7, 2024

Osteoarthritis merupakan kumpulan penyakit sendi yang paling kerap menjadi punca gangguan sendi yang merupakan antara masalah kesihatan utama seluruh dunia. Kajian epidemiologi Amerika Syarikat dengan menggunakan penilaian radiologik mendapati 80% golongan lelaki dan wanita pada usia pertengahan (55 tahun) menunjukkan tanda-tanda Osteoarthritis.

 

rawat osteoarthritis lutut dengan shaklee

 

Masalah penyakit sendi ini terutama sendi tangan serta sendi penahan bebanan seperti lutut, semakin meningkat seiring dengan pertambahan usia seseorang.

Pelbagai kaitan yang mengaitkan masalah kegemukan dengan penyakit Osteoarthritis (OA) lutut, iaitu berat badan yang berlebihan banyak menjadi faktor yang mempengaruhi pengidap OA.

Pada sendi lutut, kesan lebih buruk menjadi 4-5 kali ganda lebih besar terdapat kerosakan pada struktur tulang rawan sendi lutut mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan.

Kajian lain daripada pemerhati kesihatan masyarakat London College University menyimpulkan bahawa obesiti meningkatkan risiko terjadinya OA lutut 4 kali ganda banyaknya terhadap kaum lelaki dan 7 kali ganda terhadap kaum wanita.

 

 

rawat osteoarthritis lutut dengan shaklee

 

Kemungkinan berlakunya OA pada salah satu lutut pesakit yang obes boleh meningkat sehingga 5 kali ganda berbanding mereka yang tidak obes. Maka, fakta ini dijadikan kesimpulan bahawa obesiti merupakan salah satu risiko terjadinya OA, terutamanya pada sendi lutut.

Selain daripada itu, obesiti turut menjadi faktor utama peningkatan rasa sakit (atau ngeri atau berdenyut-denyut) pada pesakit OA lutut berbanding pesakit yang tidak obes.

Peningkatan rasa sakit dan ketidakupayaan fungsi lutut semakin bertambah seiring dengan peningkatan usia seseorang.

Secara umumnya penyakit Osteoarthritis merupakan penyakit sendi yang paling banyak dijumpai secar global.  Malah, didapati bahawa penyakit OA dideritai oleh 151 juta orang di seluruh dunia dan mencapai  24 juta orang di Asia Tenggara.

 

Rawatan Penyakit Sendi Lutut

Secara moden, pesakit akan diberikan suntikan asid herononik. Bahan asasnya adalah daripada sumber yang pelbagai seperti daripada balung ayam, organik atau sintetik. Tujuan penyuntikan ini adalah untuk menambah cecair yang akan bertindak sebagai pelincir pada lutut.

Ada sesetengah pesakit sendi lutut ini disuntik dengan steroid namun kaedah ini tidak berapa digalakkan kerana boleh memberi kesan jangka panjang terhadap kesihatan.

Walaupun kaedah terdapat kaedah penggantian sendi melalui pembedahan, namun ia adalah menjadi pilihan terakhir.

Oleh yang sedemikian, bagi yang belum pernah terkena OA ni tapi mempunyai berat yang berlebihan, perlulah dengan segera mengambil langkah beringat. Usahakan untuk menurunkan berat badan secara sihat tanpa bertangguh lagi.

Osteoarthritis lulut ni, apabila menyerang, satu kerja pun tak dapat kita nak buat. Lebih baik mencegah daripada mengubati.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: KurusLangsingSebelumRaya

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “Kaitan Penyakit Sendi Lutut Dengan Obesiti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge