• Putrajaya, Malaysia
  • March 29, 2024

Sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna ungu mengandungi kuersetin, resveratrol, asid elargik, antisionidin dan prosianidin. Ia mempunyai ciri antioksidan yang kuat, berperanan penting melindungi tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas, menyokong kesihatan jantung, salur darah dan kulit serta melancarkan proses pencernaan.

Ia boleh didapati daripada buah dalam tin, lobak ungu, beri biru, kubis ungu, anggur hitam, terung, keledek ungu, kacang hitam, plum, bawang merah dan bit.

 

 

kebaikan vivix shaklee

 

 

Kebaikan, Khasiat & Manfaat Lobak Ungu (Purple Carrot)

Lobak ungu mempunyai warna yang terang dan telah ditanam sejak tahun 2,000 sebelum masihi lagi. Rasanya lebih manis berbanding lobak biasa yang berwarnna oren. Lobak ungu ni bukan sahaja cantik dipandang tapi sangat kaya dengan khasiat antioksidan dan pelbagai jenis nutrien di dalamnya. Di antara kebaikan, khasiat dan manfaat Lobak Ungu ialah:-

1) Tinggi Kandungan Antioksidan

Warna ungu pada lobak ungu ni disebabkan oleh sebatian antioksidan yang dikenali sebagai anthocyanin. Antioksidan berfungsi melawan serangan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan sel secara kekal dan penyakit kronik seperti kanser, serangan jantung dan kolestrol tinggi.

Dengan menambah anthocyanin kedalam diet harian kita, ia boleh membantu tubuh untuk menurunkan paras kolestrol jahat (LDL), di samping membantu melindungi sistem saraf terutamanya dalam otak yang sangat mudah rosak akibat oksidasi.

 

2) Rendah Kalori

Secara semulajadinya, lobak ungu ni memang rendah kalori. Maka, suka hati kitalah nak makan banyak mana sekalipun lobak ungu ni. Menurut Persatuan Diet Amerika, 1 cawan lobak ungu mentah memberi 25 kalori dan 5 gram karbohidrat.

1 cawan lobak ungu kukus pula mengandungi 50 kalori dan 10 gram karbohidrat. Wah, sangat elok dijadikan snek atau menu harian orang yang dalam proses nak turunkan berat badan ni. Mesti cepat kurus nanti 🙂

 

3) Tinggi Kandungan Serat

Serat merupakan komponen penting dan sangat bermanfaat dalam membantu proses penghadaman serta penyerapan nutrien dengan lebih pantas. Lobak ungu memberikan 8 gram serat untuk setiap auns hidangan lobak ungu mentah.

Serat yang terkandung di dalam lobak ungu ni adalah mudah larut, menyerap air dalam saluran penghadaman dan membentuk kandungan seperti gel. Apabila kandungan ini melalui saluran pembuangan, ia dapat membantu menurunkan kolestrol dalam darah dan sekaligus turut menstabilkan paras gula dalam darah.

 

Lobak Ungu; Bahan Utama Dalam Vivix Shaklee

 

Lobak ungu merupakan salah satu ramuan istimewa daripada 4 jenis ramuan ekslusif di dalam tonik botanikal Shaklee yang dikenali sebagai Vivix.

 

 

kebaikan vivix shaklee
Bahan-bahan yang terdapat di dalam Vivix

 

Vivix merupakan sumber terbaik Vitamin A, mengandungi fitokimia (phytochemical) termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes.

Selain daripada itu, sudah pastilah ia mengandungi anthocyanins iaitu antioksidan yang sangat kuat dan hebat serta mujarab. Ia memberi manfaat kesihatan termasuklah anti-radang, anti-mikrobial dan anti-carcinogen. Ia bertindak membantu untuk melawan serangan kanser, serangan jantung, kencing manis, SLE, arthritis, sakit buah pinggang dan hampir pelbagai jenis penyakit kronik.

 

Kalau nak tahu pasal Vivix lebih lanjut, boleh hubungi saya ye 🙂

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

6 thoughts on “Khasiat Lobak Ungu & Manfaat Hebat Untuk Kesihatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge