• Putrajaya, Malaysia
  • December 11, 2024

Orang kurus tidak semestinya dijamin 100% sihat. Ini kerana, lemak yang mengelilingi organ penting seperti jantung, hati dan pankreas (yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar)sama bahayanya sengan dengan lemak yang menjadi sebahagian daripada bentuk badan orang gemuk.

 

risiko orang kurus

Bahaya Kesilapan Berdiet Untuk Nampak Kurus

Menurut Dr. Jimmy Bell, Professor Imbasan Molecular di Kolej Imperial London, “kurus tidak bermakna secara automatik kita tidak gemuk”. Sejak 1984, Bell dan rakan setugasnya mengimbas lebih 800 orang bagi menghasilkan ‘peta gemuk’ bagi mencari di mana lemak tersimpan.

Menurut data yang diperolehi Bell, mereka yang mengekalkan berat badan melalui diet, memiliki lebih banyak lemak walaupun pada mata kasar, mereka kelihatan kurus.

Senario ini lebih bahaya kerana orang kurus selalu berasa mereka sihat kerana tidak gemuk.

Sebelum ini, orang kurus dianggap lebih sihat dan aktif, tetapi menjadi orang kurus yang tidak cergas juga sama tinggi risikonya dengan mereka yang obes dan tidak aktif.

Namun begitu, berita baiknya, lemak pada bahagian dalam boleh dibakar melalui senaman atau atau memperbaiki pengambilan diet.

 

risiko orang kurus

Orang Kurus Sering Berasa Sihat

Menurut Bell, “Jika mahu kelihatan kurus, diet sudah mencukupi, tetapi untuk menjadi kurus dan sihat, senaman adalah komponen gaya hidup terpenting”.

Daripada 800 responden, Bell mendapati 45% yang memiliki BMI antara 20 hingga 25 yang mempunyai lebih banyak lemak tersimpan. Daripada jumlah itu, 60% adalah lelaki.

Senario ini dinamakan TOFIs (Thin Outside, Fat Inside). “Lebih kurus seseorang itu, lebih besar kejutannya”, kata beliau.

 

risiko orang kurus

Mereka yang kurus selalunya lebih banyak makan makanan berlemak, makanan bergula dan tidak bersenam, tetapi jumlah pemakanan itu tidak cukup banyak untuk membuatkan mereka gemuk dari segi penampilan.

Saintis percaya yang tubuh menyembunyikan lemak pada bahagian dalam dahulu sebelum lemak ‘muncul’ di bahagian lain seperti perut.

Bagitupun, masih ramai pakar percaya BMI adalah ukuran tepat untuk kesihatan yang baik.

 

Bahaya Lemak Pada Bahagian Organ Dalaman Tubuh

Pakar Pemakanan daripada Majlis Penyelidikan Perubatan Britain (MPPB), Dr. Toni Steer, berkata, pakar perubatan tidak pasti mengenai bahaya lemak pada bahagian dalam tetapi sesetengah pakar meramalkan ia boleh menyumbang kepada risiko penyakit jantung dan diabetes.

Ini berdasarkan teori lemak pada bahagian dalam boleh menganggu komunikasi.

Lemak yang menyelaputi organ dalaman mungkin menghantar isyarat badan kimia yang salah untuk menyimpan lemak di dalam organ seperti hati dan pankreas. Ia boleh membawa kepada masalah penolakan insulin (diabetes jenis 2) atau serangan jantung.

“Menjadi seorang yang kurus tidak bermakna dia kebal pasa serangan diabetes dan tidak berisiko pada serangan jantung”, kata Dr. Loius Teichhholz dari Heckenasack Hospital, New Jersey.

Teichholz berkata, mereka yang memiliki jisim berat badan normal juga boleh memiliki tahap lemak ‘tersimpan’ yang memeranjatkan.

 

risiko orang kurus

risiko orang kurus

Jadi, orang yang nampak kurus pun tak boleh mengabaikan kesihatan diri tau. Kurus yang sihat adalah gabungan pemakanan yang seimbang, senaman serta cara hidup dan pergaulan yang baik.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: KurusLangsingSebelumRaya

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “Kurus Tidak Bermakna Kita Sihat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge