• Putrajaya, Malaysia
  • April 29, 2024

Semalam saya berpeluang mengikuti kelas bersama Pakar Nutrisi Shaklee, Puan Sarah di iReach Center, Bangi. iReach Center ni disediakan oleh Presidental Master Lyna Noh dan Zainur Anuar, pengasas iReach untuk kemudahan anak bisnes mereka untuk membuat kelas, bengkel, pertemuan dan macam-macam aktiviti Shaklee. Nak pillow talk pun boleh!

 

 

Kelas Kesihatan Bersama Pakar Nutrisi Shaklee
Antara suasana yang paling best dalam Shaklee, mak ayah angkut anak-anak ke kelas nutrisi.

 

 

Best dan beruntung kan kami? Kalau nak rasa jugak, mehlah join saya 🙂

 

Memandangkan tujuan saya berblog dan menceburi bisnes Shaklee ni adalah untuk berkongsi kebaikan Shaklee demi kesihatan bersama kan, jadi kenelah tambah ilmu di dada, sebaik-baiknya menuntut ilmu daripada mereka yang pakarlah, kan?

 

Lagipun, apa yang best sangat dapat dengar secara langsung dengan pakar nutrisi ni ialah penerangan tentang keperluan vitamin dan mineral dinyatakan secara saintifik. Kenapa perlu sekian-sekian vitamin untuk isu-isu kesihatan yang tertentu. Lepas tu boleh tanya macam-macam soalan secara terus.

 

Bila nak share dengan pembaca pun lagi yakin. Ye tak? Semalam Puan Sarah bawakan topik tentang kesuburan lelaki dan wanita. Masalah-masalah kesuburan serta supplement apa yang boleh membantu mengatasi masalah kesuburan. Nampak gayanya kene buat topik khas tentang kesuburan nanti, inshaa Allah.

 

Selain daripada tu, sempat juga saya korek tips-tips kurus dan masalah jari ibu saya yang ada rasa sakit. Berkemungkinan nak kene artritis. Alhamdulillah, semalam Puan Sarah ada cadangkan supplement terbaik.

 

Kalau orang yang ambil Shaklee untuk Slimming Set tapi berat badan macam naik plak pun turut diterangkan oleh Puan Sarah. Eh, supplement kanak-kanak pun ada beliau maklumkan. Juga supplement asas untuk kesihatan.

 

Wahhhh, banyak ni boleh share info dengan pembaca. Tak sabar rasanyanya.

 

 

Kelas Kesihatan Bersama Pakar Nutrisi Shaklee
Bersama Puan Sarah (kiri) dan Puan Sharifah (kanan)

 

 

Lepas sesi bersama Puan Sarah, Puan Sharifah iaitu Pegawai Shaklee yang berkongsi tentang bisnes, marketing dan peluang kembangkan bisnes Shaklee pula mengambil tempat.

 

Memang program sebegini sarat dengan ilmu. Rasa segar jer kepala otak kita kalau pergi dengan kepala yang kosong. Maksud saya seperti kita kosongkan gelas dan bersedia menerima air yang baru sehingga penuh gelas tu. Air tu ibarat ilmu yang baru dipelajari.

 

 

Kelas Kesihatan Bersama Pakar Nutrisi Shaklee
Bersama PM Lyna Noh (kiri) dan Khadeejah Hasmad (tengah).

 

 

Memang lain tau bila dapat info dari pakar serta bercakap direct dengan orang-orang yang telah berjaya dalam Shaklee ni. Ilmu baru yang kita dapat tu buat kita lagi rasa teruja. Oh macam ni, eh, macam tulah pulak! Kalau keadaan macam tu, apa perlu buat. Banyak perkara baru yang diperolehi. Lagipun aura dan semangat yang diaorang salurkan tu seperti terasa hinggap kat badan kita (mode kene karen!..hehe)

 

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

4 thoughts on “Meet The Nutritionist @ MiRC Bangi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge