• Putrajaya, Malaysia
  • April 25, 2024

Ya, mesti ramai orang kat luar sana ingin tahu kenapa Shaklee ni menjadi pilihan hati saya kan? Di saat pengedar (distributor) Shaklee tumbuh bagaikan cendawan di serata pelusuk negara, saya tetap juga nak terjun ke dunia Shaklee ni. Setiap orang memang ada sebab dan alasan masing-masing. Bagi saya, Shaklee ni mempunyai satu daya tarikan yang sangat luar biasa, ala-ala X-Factor gitu sampaikan saya boleh terbuka hati nak join sama.

 

Shaklee Icon

 

Sebenarnya saya dah dengar nama Shaklee ni dah bertahun-tahun dulu dah, tapi ianya bagai di angin lalu jer. Sekadar tahu nama jer tapi tak berminat pun nak berkenalan. Lagipun masa tu saudara terdekat saya ada yang menjadi ahli tapi bisnes Shaklee beliau kurang memberangsangkan dan akhirnya beliau gagal.

 

Setahun dua kebelakangan ni, Shaklee timbul balik dalam hidup saya. Bermula masa tu saya tengah cari supplement untuk pregnant seterusnya untuk berpantang. Tapi saya makan pun so-so jer, tak berdisiplin macam makan ubat. Sekarang masih ada lagi supplement tersebut di dalam fridge. Namun, semenjak dua menjak ni, apabila saya consume ESP, apa yang saya perasan,

 

Alhamdulillah rambut saya sudah tidak mengalami keguguran parah…hehehe…macam tercedera pulak. Yelah, baby syurga saya yang tengah lasak, cergas dan aktif tu memang suka sangat smack down saya sambil2 gigit rambut saya. Biasanya kalau baby suka menyembur, memang ramai ibu yang merungut tu menjadi punca keguguran rambut kan, apatah lagi kalau kene gigit, direct treatment tu!!!

 

Nak tunjuk bukti, aurat plak, so tak dapatlah den nak nolong deh…heeee. Sebenarnya, selain daripada best untuk rambut, banyak lagi kebaikan ESP Shaklee ni. Sekarang ni saya consume bersama Alfafa Complex dan dapat pula menikmati kelebihan dan kebaikan Alfafa ni. Selain daripada itu, saya juga dalam proses menghabiskan supplement-supplement yang menghuni fridge kat dapur tu.

 

Eh, panjang pulak intronya, ok lapan sebab UTAMA kenapa saya join Shaklee ialah:-

 

1) Shaklee is FAMILY FRIENDLY punya bisnes

 

Sebab apa saya kata macam ni? Tengok sajalah gambar-gambar aktiviti seperti seminar dan majlis grand anjuran Shaklee, hampir semua disertai sekali oleh ahli keluarga tidak kiralah sekecil-kecil baby atau pun pasangan masing-masing. Kan ke best lagi syok tu? Mana kita nak jumpa orang buat acara yang gah boleh bawa askar-askar kecil ni kan? Lagipun, bagi seorang isteri atau ibu, keluarga menjadi keutamaan kita kan? Jangan sampai sibuk bershaklee, keluarga menjadi tunggang-langgang plak, minta dijauhkan.

 

Seminar House Seminar People Seminar UTM Seminar

Shaklee Family Shaklee Hi Tea

 

Gambar-gambar kat atas ni antara koleksi seminar dan majlis grand berkaitan Shaklee. Meriah dengan anak-anak. Seronok kan, kan?

 

2) Shaklee kasi LEPAK jer kat rumah

 

Bagi seorang suri rumah, saya mengambil cuti yang sedikit panjang sebab nak jaga baby, jadi dapat rasa pengalaman full housewife, mereka langsung tak perlu berkejar atau beratur ke Pejabat Pos untuk poskan barang, segalanya diuruskan oleh Shaklee, tugas anda hanya bahagian cari customer jerlah. Macam mana nak dapat customer tu, tips dan tricksnya sangat banyak dikongsikan dalam kumpulan kami. Macam mana nak tahu? Kenelah join  kami 🙂

 

3)Ditemukan GROUP yang sangat AMAZING

 

Part ni panjang juga kalau nak cerita.

  • Semua ahli mendapat support yang sangat padu dari upline yang akan membimbing kita untuk berjaya. Tak tahu tanya, belajar. Ahli kumpulan yang lain pun sangat membantu.

 

  • Mereka yang berjaya semuanya membawa konsep “DUNIA DIJADIKAN SEBAGAI ALAT UNTUK KE AKHIRAT“. The best practice daripada Master-Master yang telah berjaya dikongsi bersama. Padanlah mereka mendapat rezeki yang berlipat kali ganda, amalan rohani dan akhirat mereka bergerak seiring. Kebergantungan mereka kepada Allah sangat tinggi. Kadang-kadang kalau baca post diaorang pasal ni, boleh naik sebak tau…huhu

 

4) ESTABLISH Produk

 

Produk dan nama Shaklee dah lebih daripada 50 tahun. Sangat kukuh dan dipercayai. Apatah lagi Shaklee Corporation merupakan syarikat nutrisi semulajadi di Amerika syarikat. Kalau tak bagus, mesti dah lama lingkup kan?

 

4) Modal KECIL

 

Nak mendaftar sebagai ahli cuma RM 75 bagi Semenanjung dan RM 85 bagi Sabah/Sarawak sahaja yang perlu dibayar. Jadi taklah berisiko sangat kan? Untuk mengetahui lebih lanjut lagi pasal nak jadi ahli ni, sila klik di sini. Nak join Shaklee secara PERCUMA pun boleh.

 

5) READY Market

 

Produk Shaklee ni sudah mempunyai pasarannya yang tersendiri. Ramai orang dah tahu berkenaan kehebatan dan kelebihan yang ada. Jadi, biarkan produk berbicara, kita duduk diam-diam jer tapi buat kerja jugak tau.

 

6) EASY Market

 

Nak jual Shaklee sekarang ni sangat mudah dan ringkas. Segalanya hanya di hujung jari anda. Guna internet jer, pasaran seluruh Malaysia malah boleh menjangkau ke seluruh dunia. Dah tak perlu nak pergi rumah ke rumah, mengadap orang yang mungkin tak mahu dengar pun apa yang kita nak cakapkan. Jadi tak berlaku lagilah kes tutup pintu kalau kita nak pergi ke rumah kawan-kawan atau saudara mara kan?

 

7) Berbisnes untuk DIRI SENDIRI

 

Walaupun Shaklee adalah MLM tapi ni MLM yang bukan macam MLM yang kita kenal sebelum ini. Incase kita lagi kencang sales dan memenuhi syarat naik ranking, bila-bila masa kita boleh say bye-bye pada upline kita. Kes ni memang dah berlaku dalam Shaklee.

Yang pasti, Shaklee tidak mengkayakan upline sebab kalau kita rajin, kita yang dapat, kalau tak, habuk pun tarak..hehe. Shaklee sangat mempraktikkan konsep “man jadda wa jadda“.

Cuma, kalau kita dah diberikan rezeki yang melimpah ruah tu, jangan lupa mereka yang memerlukan terutama kalau keluarga kita kurang berkemampuan, jiran-jiran yang susah, anak-anak yatim dan siapa sahaja yang memerlukan kerana setiap rezeki yang kita dapat, ada hak-hak yang patut kita tunaikan. Zakat jangan lupa yer. 🙂

 

8) Produk Semulajadi

 

Di saat kita mengalami pelbagai penyakit akibat daripada faktor bahan kimia di dalam produk makanan dan bahan penjagaan diri serta rumah seharian, Shaklee masih mengekalkan signature produknya iaitu 100% semulajadi dan mesra alam.

 

Produk semulajadi memang sedikit mahal daripada produk yang bahaya tetapi kalau dicongak-congak balik, harga untuk kesihatan adalah sangat bernilai. Dengan harga yang ditawarkan oleh Shaklee, memang sangatlah berpatutan dan mampu milk jika dibandingkan dengan manfaat yang kita dapat. Macam tak percaya pun ada, lebih-lebih lagi mereka yang telah sihat daripada masalah kesihatan yang dialami.

 

Kalau diikutkan, banyak lagi sebab-musabab dia walaupun pada awalnya saya nak tulis dua jer sebab utama tapi dah jadi lapan plak 🙂 Doakan semoga saya terus dapat berkongsi kebaikan dan menolong seramai mana orang di luar sana ye.

 

Sekiranya anda berminat untuk menyertai Shaklee atau bertanya tentang Shaklee, jangan sengan-segan untuk menghubungi saya tau.

 

Sekiranya anda ingin melihat senarai produk Shaklee, sila klik Catalogue.

 

Untuk membuat sebarang tempahan, sila klik Order Form.

 

Terima kasih :)

 

 iR Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019-9377380

Shaklee ID: 1001144

 

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “Mengapa Shaklee Menjadi Pilihan Hatiku?

  1. pergh satu famili join shaklee…mmg hebat!
    ciktom first dgr & consume shaklee time blaja diploma dulu tahun 2004-2006 camtu…masa tu consume alfafa dan b-complex..cousin yg jadi agen bagi bila tgk resdung cik tom teruk..asyik selsema setiap hari berbulan lamanya..alhamdulillah sepanjang consume dua-dua tue mmg bagus! selsema stop dan resdung berkurangan..
    cik tom recently posted…Penemuan Baru; Misteri Yakjuj dan Makjuj Terbongkar!!!My Profile

Leave a Reply to cik tom Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge