• Putrajaya, Malaysia
  • April 18, 2024

Sebelum saya nak buat detoks parasit pada bulan ni, saya join dulu program detoks dan eat clean ni. Untuk detoks kalini, saya ambil Set Detoks Logam. Tapi ada juga add on Herblax, Alfafa dan kadang-kadang Vivix.

Tujuan buat detoks dan eat clean ni adalah untuk mempertingkatkan lagi tahap kesihatan. Tapi saya suka sangat kesan sampingan yang dah banyak dialami oleh ramai orang yang buat detoks, iaitu kurus.

Apabila kita buat eat clean ni (nanti saya cerita balik berkenaan eat clean dengan lebih details ye), kita perlu ikut dia punya konsep.

Eat clean menekankan cara pemakanan seimbang, perlu ikut portion (tapi tak perlulah sukat dengan penyukat bagai) dan makan secara kerap.

Salah satu perkara yang turut dititik beratkan oleh program eat clean ni adalah senaman. Senaman ni penting untuk membentuk otot dan mengurangkan lemak.

Apabila badan kita lebih banyak otot, metabolisma pun makin meningkatlah.

 

Oke, sebenarnya nak cerita berkenaan menu detoks dan eat clean saya untuk Day-1.

 

 

tips kurus sihat

 

1) Sarapan – 2 keping roti multi grains + benedict eggs + salad + tomato + secawan/semug green tea

2) Snek Pagi – sebiji buah epal hijau + secawan/semug green tea

3) Makan Tengah Hari –  2 keping roti multi grains + grilled chicken

4) Snek Petang – sepotong buah honeydew + secawan/semug green tea

5) Makan Malam – Bayam rebus + tauhu

6) Snek Malam (Supper) – 1/2 biji buah naga + green tea

 

Nanti saya share kan mana-mana resepi yang berkenan di hati ye, hehehe.

Nak kurus secara sihat, perlu makan sebanyak 6 kali sehari mengikut portion dia. Memang penat nak makan banyak kali ni mulanya. Tapi yang saya perasan, kita takkan berada pada tahap craving dah. Malah, terasa kenyang sampai tak larat nak makan.

Sebab tu makan kerap tetapi sedikit ni penting. Ia akan elakkan kita terlebih makan bila dah berjumpa dengan makanan akibat terlalu lapar.

Kalau time kita lapar sangat-sangat tu, yang ada adalah junk food atau processed food, boleh bayangkan tak macam mana kita menjamu selera dengan makanan tersebut?

Sebab tu, membiarkan tubuh berada pada mood craving ni tak bagus. Islam pun suruh makan apabila terasa lapar dan berhenti sebelum kenyang, kan?

 

Jom join group detoks bersama-sama saya 🙂

Whatapps ke 019-9377380

Kita detoks ramai-ramai, lagi seronok, lagi bersemangat, lagi syok!

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

5 thoughts on “Menu Plan Detoks & Eat Clean – Day 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge