• Putrajaya, Malaysia
  • November 14, 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera ๐Ÿ™‚

 

Masak apa hari ni? Saya masak simple-simple jer. Rezeki pulak dapat suami yang jenis gemarkan masakan jenis tumis air gitu :p

 

Tapi adalah juga sekali-sekala masak gulai atau lemak kuning. Tekak pun ada rasa nak tukar selera, kan? hehehe….

 

Selalunya kalau anda memasak, anda letak MSG atau yang lebih famous sebagai Ajinomoto, tak? Ada sesetengah orang, kalau tak masukkan Ajinomoto, rasa masakan macam tak lengkap.

 

Namun, tahukah anda bahawa MSG yang digunakan ini boleh mendatangkan kesan sampingan jangka panjang yang tidak elok untuk kesihatan?

 

Alhamdulillah, memang dari dulu lagi mak masak tak guna pun Ajinomoto ni. Masak guna perisa asli jer, sedap ok! Dah tu, nak guna apa ganti MSG? Haaaa, ni nak kabo beri ni (bahasa Terengganu = beritahu) ๐Ÿ™‚

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

Tipsnya ialah masukkan sedikit gula melaka :). Ni petua mak saya tau. Maksud tambah sedikit gula melaka tu bukanlah sampai masakan bertukar menjadi manis, karang lauk tu tak terusik plak…hehehe…

 

Ala, lebih kurang secubit gitu. Bukan untuk beri rasa manis tapi hanya untuk seimbangkan rasa masakan tersebut.

 

Cubalah ye, kesan kelainan rasa masakan anda ๐Ÿ™‚

 

Terima kasih ๐Ÿ™‚

 

Naimah Wahab.

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “Rahsia Masakan Enak Tanpa MSG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge