• Putrajaya, Malaysia
  • April 30, 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

 

Hari ni adalah hari rahsia masakan sedunia, hehehehe…siang tadi saya ada berikan Rahsia Masakan Enak Tanpa MSG. Malam ni berkenaan ayam goreng plak.

 

Sebenarnya petang tadi, anak sulung saya, Kashful minta digorengkan ayam. Saya buat ayam goreng kunyit jer. Teringat pula petua daripada kakak ipar untuk mengelakkan ayam goreng kita daripada melekat di kuali.

 

Gambar: Pinjam dari blog Swuaistory.
Gambar: Pinjam dari blog Swuaistory.

 

Kalau ayam goreng yang melekat-lekat pada kuali ni bukan sahaja nampak kurang cantik, malah susah pula untuk kita menggoreng. Bimbang juga kan kalau duk tolak-tolak ayam yang melekat tu dengan sudip, terpercik pula minyak panas.

 

Nak elakkan ayam melekat kat kuali ni, jangan bagitau kene guna non-stick pan pulak yer. Ni kuali kampung yang biasa tu… kikiki

 

Senang ajer caranya. Masukkan sahaja beberapa titik cuka makan ke dalam ayam yang telah dicampur garam dan serbuk kunyit tadi. Kalau nak lagi ummmppphhh rasa dia, boleh tambah sedikit serbuk lada hitam. Bahan-bahan lain tu, kita buka entri resepi pulak…hehehe

 

Selamat mencuba. Terliur plak rasanya.

 

Terima kasih 🙂

 

Naimah Wahab

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

10 thoughts on “Rahsia Ayam Goreng Tidak Melekat Pada Kuali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge