• Putrajaya, Malaysia
  • April 29, 2024

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1438 Hijrah kepada semua pengunjung myliferia.my. Saya doakan semoga kalian berada di dalam rahmat, perhatian, kasih-sayang dan perlindungan Allah sentiasa. Maafkan juga segala kesilapan saya selama ini ye.

 

Di sini saya petik daripada status rakan Facebook tentang perkongsian beliau mengenai korban.

 

Qurban atau pesta makan daging? Kalau pesta daging, orang bukan Islam pun ada pesta yang sama. Tapi, kalau ruh qurban, hanya Islam yang ada.

Firman Allah subhanahu wataala:

لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ ۗ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ

“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.                                                                                                       S. Al-hajj 22/37.

Penting untuk fahami qurban ini, sebagai jambatan taqwa untuk menjadi orang yang lebih baik. Ada yang berkorban walau dalam keadaan kesempitan kewangan, kerana kpi nya setiap tahun untuk berkorban.

Ada yang berkorban, tetapi tidak mahu melihat korbannya. Korban orang kaya katanya. Ada yang berkorban, tetapi mengira setiap ketul daging yang dimilikinya. Mahu buat sup katanya. Bukan itu yang kita nak persoalkan, tetapi setiap satunya, menjadi ukuran ketakwaan kita. Persoalannya, di mana maqam takwa kita?

 

Semoga kita sama-sama dapat menyelami erti korban sebenar.

 

sambutan hari raya korban 1438 hijrah

 

Raya tu raya juga. Kesihatan jangan lupa dijaga. Makan daging secara berpada-pada tau.

 

 

Salam Aidil Adha 2017,

 

Naimah Wahab

WhatApps: 019-937 7380 (www.wasap.my/60199377380)

Email: [email protected]

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “Selamat Hari Raya Aidil Adha 2017 (1438 H)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge