• Putrajaya, Malaysia
  • April 26, 2024

Senaman bukan sahaja khas untuk golongan tertentu tetapi senaman sangat elok dilakukan oleh semua orang termasuklah ibu-ibu yang sedang hamil. Banyak kebaikan yang bakal diperolehi oleh para ibu yang konsisten melakukan senaman sepanjang tempoh kehamilan.

Namun, elak juga sebarang kesilapan sewaktu melakukan senaman ye.

 

senaman semasa mengandung

 

Mengapa Senaman Sangat Disyorkan Sewaktu Kehamilan?

Senaman sangat penting bagi ibu yang sedang mengandung kerana senaman dapat membantu mempersiapkan para ibu untuk bersalin dengan memperkukuhkan lagi otot-otot, membina ketahanan serta memudahkan para ibu kembali ke bentuk badan asal sebaik sahaja bayi itu dilahirkan.

Part last sekali tu mesti paling disukai oleh para ibu sekalian kan? Siapa yang tak mahu kurus cepat-cepat lepas bersalin, ye tak? 🙂

Mengekalkan kehidupan aktif semasa mengandung tidak semestinya bermakna para ibu bertujuan nak bakar kalori.

Semasa hamil, tubuh ibu-ibu akan mengeluarkan hormon bergelar relaxin yang bertindak melonggarkan sendi sebagai persediaan untuk bersalin. Jadi, para ibu perlu berhati-hati memilih senaman dan memberi perhatian terhadap teknik senaman.

Apa yang paling penting adalah mencari senaman yang bersesuaian yang tidak akan mencederakan para ibu sendiri dan bayi dalam kandungan.

 

 

tips kurus lepas bersalin

 

Senaman Apakah Yang Bersesuaian Dengan Ibu Mengandung?

Senaman yang ideal akan mengepam jantung para ibu, membuatkan badan lebih mudah dilentur, menjaga berat badan daripada bertambah dan menyediakan otot untuk bekerja keras semasa proses bersalin dan kelahiran tanpa menyebabkan sebarang tekanan fizikal kepada ibu dan bayi.

Pelbagai jenis senaman seperti berlari dan angkat berat yang ringan tidak berbahaya kepada para ibu dan bayi, tapi para ibu perlu mengubah rejim senaman apabila telah sarat mengandung.

Adalah lebih baik sekiranya para ibu sekalian mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh mendedahkan para ibu kepada risiko tergelincir dan terjatuh seperti berbasikal, menggunakan kasut beroda, menunggang kuda mahupun bermain ski.

Walaupun pada hakikatnya memang terdapat orang-orang yang terlibat dalam sukan kompetitif  seperti itu akan terus berlatih walaupun sarat mengandung. Namun sekali lagi adalah lebih baik para ibu memilih sukan yang bersesuaian. Mencegah lebih baik daripada menaggung kesan akibat sesuatu risiko kan?

Nantikan entri saya yang seterusnya berhubung jenis-jenis sukan yang selamat untuk ibu yang sedang hamil ye. Terdapat 8 jenis pilihan senaman yang bersesuaian untuk para ibu sekalian. Inshaa Allah akan menyusul nanti. See ya! 😀

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: KurusLangsingSebelumRaya

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge