• Putrajaya, Malaysia
  • April 25, 2024

Walaupun senaman adalah salah satu cara terbaik untuk mempercepatkan proses kurus, selain daripada menjaga diet seimbang, senaman juga sebenarnya penting untuk kesihatan. Namun, dalam keghairahan melakukan senaman, kita sering melakukan kesalahan kecil yang ada kalanya memberi impak yang besar pada kita.

 

Kesalahan Kecil Senaman Yang Tidak Disedari

 

Cara Bersukan Terbaik

#1: Tidak Memamaskan Badan

Kebanyakan daripada kita memang terlepas pandang hal memamaskan badan ni. Sedangkan aktiviti memanaskan badan sangat penting bagi mengelakkan kecederaan otot.

Luangkan masa selama sekurang-kurangnya 5 minit untuk memanaskan badan sebelum melakukan sebarang aktiviti senaman.

Sebaik-baiknya, mulakan dengan memanaskan badan dan disudahi dengan menyejukkan badan.

Jangan lupa juga mengambil minuman berprotein seperti susu, susu coklat, ESP, Cinch Shake bagi merawat segera kecederaan otot, jika ada. Pada masa yang sama, ia turut membantu tubuh membentuk otot yang sihat. Snek sihat selepas senaman pun penting juga tau.

 

#2: Tidak Dilakukan Secara Berperingkat

Senaman merupakan suatu proses dan kita tidak boleh memaksa otot tubuh kita daripada melakukan sesuatu yang di luar kemampuan secara mengejut.

Lakukan senaman secara berperingkat dan cuba untuk mempertingkatkan dan membaikinya dari semasa ke semasa.

 

#3: Tidak Konsisten

Senaman perlu dilakukan secara konsisten bagi mendapatkan hasil yang diinginkan. Ramai di antara kita menganggap senaman hanya perlu dilakukan apabila dirasakan perlu sahaja.

Hakikatnya senaman memerlukan penjadualan khas untuk dilakukan terutamanya bagi mencapai misi tertentu seperti misi kurus. Apatah lagi jika kita mementingkan kesihatan.

 

#4: Bersenam Dengan Perut Kosong

Apabila kita bersenam dengan perut kosong, ianya akan menyebabkan tubuh tidak dapat membakar lemak dengan baik. Ini kerana tubuh kita memerlukan karbohidrat untuk membakar lemak.

Sekiranya tiada bekalan karbohidrat, otot kita terpaksa bekerja sendiri ketika proses tersebut. Keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan pada otot.

Bila kita mengalami kehilangan otot, metabolisma akan menurun dan sekaligus kadar pembakaran kalori juga akan merudum.

 

Cara Bersukan Terbaik

#5: Tidak Menjaga Pemakanan

Ada yang beranggapan, apabila kita melakukan senaman, maka kita boleh jer nak makan apa sahaja yang kita suka. Pendapat ini tidak benar sama sekali.

Penjagaan makanan dengan mengambil diet seimbang adalah penting untuk kesihatan dan bentuk badan yang ideal.

 

So, jangan pandang ringan amalan sebelum bersenam ni tau. Nampak memang simple tapi kesannya agak besar. Sia-sia jer kita bersungguh-sungguh bersenam tapi hasilnya takde, betul-tak?

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: KurusLangsingSebelumRaya

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge