Sebelum ni kita ingat mudah jer nak ambil berat badan ni. Naik atas penimbang, terus dapat bacaan berat badan kita. Selain daripada tu, kita suka-suka hati jer nak timbang bila, kan? Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk dapatkan bacaan berat badan paling tepat dan terbaik.
Waktu Paling Sesuai Timbang Berat Badan
Waktu terbaik untuk mendapatkan berat badan adalah waktu di mana faktor-faktor yang menentukan berat badan hampir sama.
Contoh Waktu Yang Tidak Sesuai Timbang Berat Badan
Timbang pada waktu pagi dan malam berkemungkinan besar mempunyai perbezaan kerana pengambilan makanan dan minuman yang tidak konsisten. Tammbahan pula dengan keadaan pundi kencing yang turut tidak konsisten.
Contoh Masa Timbang Berat Badan Yang Sesuai
Waktu pagi selepas buang air kecil adalah antara waktu terbaik untuk timbang berat tubuh kita. Jadi, kalau nak timbang berat badan setiap hari sekalipun, pastikan:-
- waktu pagi
- selepas bangun pagi
- sebelum sarapan
- selepas buang air kecil
- pada masa yang lebih kurang sama
Waktu Perlu Dielakkan Untk Timbang Berat Badan
Disyorkan supaya elakkan menimbang berat pada semasa kedatangan haid (period) bagi wanita. Ini kerana, sewaktu datang bulan, terdapat gangguan hormon.
Selain jiwa kacau (emosi tak stabil), badan juga menyerap lebih banyak air. Oleh sebab itu berat badan kita berkemungkinan boleh bertambah sehingga 1-2 KG.
Bagi wanita, waktu yang sesuai untuk timbang ialah selepas seminggu datang bulan. Ini kerana, pada waktu tersebut, keadaan tubuh telah kembali seimbang.
Jaga Postur Badan Ketika Berdiri Di Atas Penimbang
Bagi memastikan keputusan hasil timbangan bert badan adalah tepat, pastikan kita berdiri dalam keadaan yang stabil. Pastikan juga kita tidak bergerak, berjingkit, menaikkan satu kaki atau bersandar pada sesuatu.
Kekerapan Menimbang Berat Badan
Ramai yang mengsyorkan agar menimbang sekali seminggu sahaja. Namun sekiranya ingin menimbang dengan lebih kerap, pastikan amalkan tips waktu menimbang berat badan yang sesuai seperti di atas.
Yang penting, dalam proses nak kurus ni, perlu banyak bersabar dan kuat semangat. Jangan terlalu stress dengan naik turun bacaan penimbang kerana jika kita sedang mengikut rutin senaman, berkemungkinan lemak tubuh kita telah berganti dengan otot.
Itu adalah petanda yang bagus 🙂
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: KurusLangsingSebelumRaya
Shaklee ID: 1001144