• Putrajaya, Malaysia
  • May 2, 2024

Ayam adalah protein yang baik untuk kesihatan. Lebih bagus lagi kalau ayam tersebut dibuang kulit dan lemak. Dada ayam adalah bahagian yang menjadi pilihan mereka yang menjaga badan atau dalam proses untuk menurunkan berat badan,

Bahagian dada ayam kalau kita makan plain sekeping macam tu jer, memang takde sangat nikmatnya. Sebab bahagian dada ayam ni agak kasar. Tapi, kalau kita pelbagaikan resipi dan potong kepada bahagian yang lebih kecil, memang rasanya lebih sedap.

 

tips kurus sihat

 

Resipi Ayam Masak Bijan

(Hidangan untuk 4-5 orang)

 

Bahan-bahan

  • 200 g (2 keping) dada ayam tanpa kulit, dipotong sederhana besar
  • 30 ml (2 sudu makan) sos tomato
  • 30 ml (2 sudu makan) madu
  • 15 ml (1 sudu makan) sos tiram
  • 15 ml (1 sudu makan) cuka
  • 7 ml (1/2 sudu makan) kicap
  • 60 g (1 biji) lada benggala merah, dihiris nipis
  • 26 g (1biji) bawang besar, dihiris nipis
  • 10 g (2 biji) bawang putih, diketuk
  • 10 g (1/2 biji) halia, diparut
  • 20 g (2 sudu makan) biji bijan, dipanggang
  • 15 ml (1 sudu makan) minyak bijan
  • 125 ml (1/2 cawan) air
  • Tepung jagung cukup untuk membalut ayam
  • Garam dan lada hitam secukup rasa
  • 2 batang daun bawang, dicincang

 

Cara Memasak

  1. Campurkan ayam dan lada hitam di dalam mangkuk. Masukkan kepingan ayam dan gaul rata. Tutup dan perapkan selama lebih kurang 30 minit di dalam peti sejuk.

  2. Salutkan ayam dengan tepung jagung. Kemudian goreng dengan sedikit minyak sehingga kening keemasan. Keluarkan dari kuali dan toskan. Gunakan tisu dapur untuk menyerap minyak berlebihan.

  3. Panaskan kuali dengan minyak bijan. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia sehingga wangi. Masukkan sos tiram, sos tomato, madu, cuka, kicap dan lada benggala di atas api sederhana. Tambah sedikit air dan biarkan mendidih sambil mengacau. Renih sehingga sos memekat.

  4. Salut ayam dengan sos di dalam kuali. Hiaskan dengan daun bawang dan biji bijan.

 

Tips Hidangan

Minyak bijak yang dipanggang adalah lebih gelap, lebih kuat baunya dan lebih wangi berbanding minyak bijan biasa.

Ianya biasanya sering digunakan di dalam masakan cina.

Gunakan sedikit sahaja minyak bijan di dalam masakan.

 

Tips Pemakanan

Memberus/menyapu ayam dengan minyak bijan dan memanggang di dalam ketuhar/oven adalah lebih baik daripada menggoreng.

 

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan

  • Kalori 205 kcal
  • Protein 15.1 g
  • Karbohidrat 15.3 g
  • Lemak 9.3 g

 

Selamat mencuba ye. Terliur lah pulak rasanya dengan resipi ayam masak bijan yang mudah dan sihat ni. Boleh buat bekal anak-anak dan suami juga ni. Kalau nak mudah, sediakan bahan-bahannya siap-siap sebelum tidur. Bangun pagi esok, zaaasss, campak-campak jer dalam kuali, siap! 🙂

 

 

<

p style=”text-align: center;”>Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: KurusLangsingSebelumRaya

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “Resipi Ayam Masak Bijan Sihat, Ringkas & Rendah Kalori

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge