• Putrajaya, Malaysia
  • March 28, 2024

Saat kelahiran bayi adalah detik-detik penting yang dinantikan oleh pasangan suami isteri. Saat yang penuh mendebarkan dengan perasaan yang bercampur baur. Namun sebelum melalui saat-saat tersebut, ada perkara yang tidak kurang pentingnya juga iaitu menyediakan barang-barang keperluan ibu dan bayi sebelum kelahiran.

Biasanya, apabila usia kandungan telah mencecah 30 minggu, nurse yang bertugas akan mengingatkan agar para ibu untuk menyediakan barang keperluan ibu dan bayi untuk dibawa ke hospital sebelum bersalin. Semua barang ni selalunya kita letak di dalam sebuah beg, kemudian ditempatkan di dalam boot kereta yang dibawa ke mana-mana para ibu pergi.

Persediaan lebih awal ni sangat penting agar ibu dan ayah tidak kelam-kabut di saat-saat kelahiran. Buatnya ibu bersalin awal daripada jangkaan, huru-hara jadinya. Masa inilah nak uruskan ibu dan bayi, masa inilah juga nak cari barang itu ini.

Lagipun, ketenangan ibu turut mempengaruhi proses kelahiran yang lebih mudah. Kalau ibu dah stress, bayi pun susah nak keluar pulak karang.

 

 

Tips sebelum bersalin

 

 

Keperluan Ibu Di Wad

  1. Tuala – sehelai
  2. Kain batik – 2-3 helai
  3. Maternity Pad – 12 keping (sebaiknya beli yang saiz lebar dan panjang – overnight & wing)
  4. Toiletries –  berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, shampoo (beli yang travel kit supaya lebih mudah dan ringan untuk dibawa)
  5. Baju – sepasang (untuk dipakai bila nak keluar wad nanti – lagi mudah kalau ada bukaan menyusu, senang kalau tiba-tiba baby nak menyusu)
  6. Nursing cover – 1 helai (ibu dapat menyusu dengan lebih selesa)
  7. Tudung – 1-2 helai (bawa tudung yang paling mudah dipakai)
  8. Arm sock (sarung tangan) – 1-2 pasang (biasanya lengan baju kat wad ni panjang dia 3/4 lengan jer, aurat tu)
  9. Kismis, kurma, biskut, roti (boleh dipek kecil awal-awal kecuali roti yang cepat expired)
  10. Air zam-zam (kalau takde, boleh sediakan air mineral tapi kalau dah berada di wad, boleh amalkan air suam) – minum kerap tapi sedikit-sedikit.
  11. Pakaian dalam – bawa untuk 2 hari
  12. Stoking tebal – 1-2 pasang
  13. Buku pink – buku ni sangat penting untuk dibawa ke mana-mana. Nak-nak lagi kalau ke hospital. Dah jadi macam passport nih.
  14. Plastik besar – untuk meletakkan baju kotor.
  15. Set Berpantang Shaklee – boleh dimakan terus selepas kelahiran bayi. Sangat penting ambil Ostematrix bagi mengelakkan sembelit lepas bersalin serta elakkan sakit, kebas dan lenguh-lenguh badan, Omega bagi mengecutkan segera bengkak dalaman.
  16. Vivix – Vivix ni, ramai sangat para ibu yang bersalin normal atau pembedahan amalkan untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin serta menjadi lebih cergas. Sebabnya Vivix mengandungi resveratrol yang memberi kebaikan itu semua.

 

Keperluan Bayi Di Wad

  1. Baju lengan panjang – 1 helai
  2. Baju lengan pendek – 3 helai
  3. Tuala – 1 helai
  4. Lampin – 5 helai
  5. Diaper/Nappy – 10 keping
  6. Kain bedung – 1-2 helai
  7. Mitten & booties – 3 pasang
  8. Topi bayi – 1 helai
  9. Tisu lembab (wet tissue) – 1 pek

 

Keperluan Ibu Ke Bilik Bersalin (Labour Room)

  1. Hanya bawa diri dan kandungan jer….hehehe. Nanti ibu perlu menukar pakaian sedia ada dengan pakaian hospital. Pastikan tanggal semua perkakas emas atau perhiasan badan.

 

Keperluan Bayi Ke Bilik Bersalin (Labour Room)

  1. Baju lengan panjang – 1 helai (labour room sejuk tau)
  2. Kain bedung – 1 helai
  3. Diaper/Nappy – 1 keping
  4. Mitten & Booties – 1 pasang
  5. Topi bayi – 1 pasang

 

Pengalaman melahirkan bayi ni memang berbeza setiap orang. Ada yang cepat daripada tarikh yang dijangkakan, ada yang terlewat, malah ada jer yang tepat. Tapi apa-apa pun, jangan lupa buat senarai dan sediakan barang keperluan ibu dan bayi sebelum bersalin ke hospital.

Saya pun dalam proses nak menyediakan senarai barang-barang ibu dan bayi sebelum bersalin gak ni. Doakan proses dan urusan kelahiran anak ketiga kami nanti selamat dan dipermudahkan ye 🙂

Kalau nak order Set Berpantang Shaklee serta Vivix sendiri secara online, boleh klik pada pautan di bawah:-

Order Set Pantang & Vivix

 

Semoga para ibu Allah izinkan dapat berpantang dengan lebih selesa, gembira dan kurang kesakitan luka bersalin pada kali ini asbab berikhtiar dengan Set Pantang Shaklee dan Vivix ni.

Jangan lupa hubungi saya untuk konsultasi selepas pembelian Set Pantang & Vivix ni.

Kalau perlukan bantuan saya untuk mendapatkan Set Pantang Shaklee beserta Vivix dengan cara lebih untung dan jimat, boleh whatapps saya di 019-9377380.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

29 thoughts on “Senarai (Checklist) Barang Ibu dan Bayi Sebelum Bersalin Di Hospital

  1. Tq sis..entry sis sgt2 membantu saya membuat persediaan ke hospital. Padahal ni kandungan ke 4 dah. Tapi bila dah kembar ni, kalutnya lain macam pulak, Tq lagi sekali. Semoga Allah perluaskan rezeki sis..

  2. tq sis..info yang ringkas,mudah difahami dan sangat berguna..sy dah 37weeks skarang..due 8/2 .tp skarang dah rasa sakit perut cume x kerap.baby sulong memang zero..kena banyak bertanya dan gogle..:).barang2 semua dah prepare letak dalam keta..senang nanti in case..blh direct ke labour room sbb keja kt hospital je..hihihi..

Leave a Reply to titan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge