• Putrajaya, Malaysia
  • April 18, 2024

Tarikh luput (expired date) bagi barang yang dibeli termasuklah suplemen atau makanan tambahan menjadi aspek utama yang diperiksa terlebih dahulu. Walaupun kebanyakan tarikh luput suplemen adalah agak panjang daripada tarikh pengilangannya, memeriksa tarikh tersebut adalah suatu kemestian.

Sudah menjadi kebiasaan kita untuk mendapatkan atau memborong lebih suplemen pada harga promosi kerana biasanya harga yang ditawarkan adalah jauh lebih jimat. Bila dah borong banyak ni, ada kalanya suplemen yang belum habis telah menghampiri tarikh luput.

 

 

tarikh luput suplemen boleh dimakan

 

 

Selamatkah Mengambil Suplemen Selepas Tarikh Luput?

 

Expired date suplemen sebenarnya bukanlah tarikh luput pengambilannya, tetapi tarikh tidak boleh dijual lagi. Dengan kata lain, suplemen tersebut sudah tidak boleh berada di atas rak jualan.

Tarikh luput penggunaan suplemen adalah 1 tahun daripada tarikh ‘expired date’ pada botol suplemen tersebut.

Kalau diikutkan, menurut FDA, suplemen ni takde tarikh luput, tetapi pengilang meletakkan tarikh tersebut. Sebabnya, nak suruh kita makan cepat-cepat.

Kan menjadi kebiasaan sesuatu produk tu, kalau semakin lama, kemungkinan kualitinya semakin berkurangan adalah tinggi.

Berbalik pasal suplemen ni, kalau kita simpan elok-elok, 5 tahun pun suplemen tu boleh tahan daripada tarikh ia dikilangkan. Penjagaan suplemen ni lebih kepada “menjaga daripada rosak”.
Maknanya, kalau lagi 3 tahun baru nak ‘expired’ tetapi kalau dah rosak, memang dah tak boleh makan.

Cumanya, kalaupun tidak rosak, kalau disimpan bertahun-tahun, potensinya dah tak sama seperti ianya baru dikilangkan.

 

Panduan Pengurusan Suplemen/Vitamin Tambahan

 

1) Vitamin yang masih belum dibuka, boleh disimpan di dalam peti.

2) Vitamin yang ingin dimakan harian, perlulah diletakkan di tempat kering dan tidak lembab. Elakkan juga daripada terkena matahari.

Selain daripada itu, jangan diletakkan di dalam peti sejuk kerana wap sejuk akan masuk. Seterusnya ia akan menjadikan dalam botol tersebut sejuk dan berair. Ini akan menyebabkan vitamin cepat teroksida dan lebih cepat rosak.

3) Vitamin yang perlu diberhentikan pengambilannya (2-3 bulan, contohnya sebab mengandung) perlu ditutup ketat-ketat dan disimpan di dalam peti sejuk.

Apabila hendak digunakan, letakkan di tempat kering dan jadikan ia di dalam suhu bilik kembali supaya tiada terkondensasi.

 

Jadi, lepas ni, kita tak perlulah cuak semacam kalau dapati tarikh luput pada botol suplemen Shaklee dah nak hampir sangat. Yang penting adalah cara pengendaliannya. Takdelah nak buang begitu jer semua suplemen yang didapati telah expired. Ikuti 3 panduan mudah pengurusan suplemen agar kita tidak membazir kepada perkara yang tidak sepatutnya.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “Tarikh Luput Bukanlah Kayu Ukur Sebenar Pengambilan Suplemen, Betulkah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge