• Putrajaya, Malaysia
  • October 12, 2024

Seharian berpuasa, bila time petang-petang tu, mesti terasa nak makan dan minum macam-macam jenis makanan dan minuman. Kalau kita pergi ke bazaar Ramadan lagi lah, serba benda jadi terliur. Macam nak beli semua jer yang orang jual.

Tapi, perkara sebegini sepatutnya dielakkan. Bulan puasa adalah bulan untuk kita menjinakkan nafsu, termasuklah nafsu makan. Lagipun, konfirm kita tak larat nak sumbat semua makanan tu. Dah masuk air segelas pun dah kenyang.

 

 

Tip Elak Makan Berlebihan Semasa Berbuka Puasa:

 

1. Bermula Dengan Kurma

Kurma istimewa dengan gabungan gula ringkas (tenaga cepat) dan serat (tenaga lebih lama) untuk bolehkan kita solat maghrib terlebih dahulu sebelum makan betul-betul. Kurma juga kaya dengan potassium yang bertindak untuk bantu stabilkan bendalir badan setelah berpuasa sehari.

Ingat: Kurma tetap berkalori. Jangan membantai sampai 10 biji tau . 1-3 biji kurma saiz sederhana sudah cukup untuk bekalan tenaga dan alas perut bagi mereka yang ingin tunaikan solat maghrib terlebih dahulu.

 

2. The 20 Minutes Rule!

Dari suapan kurma semasa berbuka sehingga berasa kenyang ambil masa 20 minit. Kalau kita belasah makanan sepanjang 20 minit, berkemungkinan besar kita akan makan berlebihan. Jadi makan dulu dan faham bahawa rasa kenyang datang selepas lebih-kurang 20 minit.

Sunnah Nabi S.A.W pun menyatakan “berhenti lah makan sebelum kenyang”.

 

3. Target Kalori: Dalam 700kcal

Target pengambilan kalori untuk berbuka dalam lingkungan 700kcal. Tapi tak kira betapa sedap kuih-muih dan manis-manisan yang disediakan, bermula lah dengan hidangan yang seimbang untuk kawal nafsu makan dan elak makan berlebihan, pilih:

Segenggam sumber karbohidrat: nasi, bihun, kentang, mee, roti dll.
Sumber protein yang berkualiti: seperti ayam, ikan, tofu, daging dll.
Sumber serat: seperti sayur, kekacang, buah-buahan dll
Last sekali baru makan sikit kuih & manis-manisan.

 

4. Tiga Jenis Air

Semasa berbuka, saya selalu ada tiga jenis air.
Air panas: Ini biasa untuk berbuka. Ini untuk bantu “panaskan” sistem penghadaman yang telah berehat lebih kurang 12jam.Tapi tak lah panas mendidih.
Air kosong: Ya untuk dahaga lah kan dan ia tidak berkalori. Apa-apa pun tak perlu terus belasah 3-4 gelas air – nanti buncit perut dan tak selesa. Take it slow and easy.
Air manis: Untuk air manis, nasihat saya, minum last sekali. Ini untuk nafsu tapi kalau berlebihan, kalori pun berlebihan.

 

5. Buffet Tip:

Sebelum berbuka, recce hidangan buffet terlebih dahulu dan cuba rancang nak makan apa. Bajet sikit ruang untuk manis-manisan dan ingat tip “20 minit”.

 

Mudahkan, yang penting perancangan nak makan apa. Mana yang perlu didahulukan, mana yang perlu diambil kemudian. Merancang ni bukan semasa nak buat bisnes aje tau, nak berbuka pun penting. Tak lah nanti kita jadi ular sawa bila nak berterawih karang 🙂

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

(Atau klik terus untuk WhatApps: www.wasap.my/60199377380)

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge