Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂
Pada entri yang lalu, saya ada bercerita tentang Bahaya Demam Denggi. Namun, apa yang paling baik adalah langkah-langkah pencegahan dilakukan bagi mengelakkan pembiakan nyamuk aedes.
Cara Pencegahan
1) Salin air dan cuci bekas simpanan air dan kolam (kolah mandi) seminggu sekali.
2) Buang air daripada pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pingan-pingan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur-telur nyamuk.
3) Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat.
4) Peliharalah ikan gapi, puyu dan sebagainya di dalam tangki air besar.
5) Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali.
6) Bekas-bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam.
7) Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul).
Peringatan Denggi
1) Cari dan musnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes.
2) Denda sebanyak RM 500 akan dikenakan jika terdapat pembiakan nyamuk aedes di rumah anda.
3) Dapatkan rawatan segera di klinik jika demam.
4) INGAT! Denggi Membunuh!
Sekiranya anda atau orang tersayang mengidap denggi, boleh hubungi saya untuk mencuba Set Denggi ini.
Terima kasih
iR Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019-937 7380
SID: 1001144