• Putrajaya, Malaysia
  • April 29, 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

 

Pada entri yang lalu, saya ada menyentuh tentang kanser kolorektal. Kali ini saya ingin menyambung sedikit tentang jenis kanser ini.

 

Bolehkah Kanser Kolorektal Sembuh?

 

Kanser kolorektal boleh dirawat sepenuhnya sekiranya ia dikesan pada peringkat awal. Walaubagaimana pun, hanya kira-kira 10% kanser kolorektal di Makaysia dikesan pada peringkat awal.

 

Bolehlah Kanser Kolorektal Dicegah?

 

Tidak ada kanser yang boleh dicegah sepenuhnya. Namun, amalan pemakan sihat dan senaman yang dilakukan secara berkala dapat mengurangkan risiko kanser kolorektal.

 

kanser kolorektal1

 

Adakah Anda Berisiko Tinggi Untuk Mendapat Kanser Kolorektal?

 

Semua lelaki dan wanita yang berusia 50 tahun dan ke atas adalah berisiko untuk mendapat kanser kolorektal. Risiko meningkat dengan peningkatan umur.

 

Walaubagaimana pun, anda berisiko tinggi sekiranya:-

 

1) Mempunyai sejarah keluarga (ibu bapa/adik-beradik) yang mengidap kanser kolorektal terutama pada usia kurang daripada 55 tahun, atau

2) Pernah mengalami penyakit radang usus seperti Crohn’s disease atau ulcerative colitis, atau

3) Pernah mempunyai polip di usus besar

 

Nota: Mereka yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kanser kolorektal disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor untuk pemeriksaan lanjut.

 

Anda boleh mendapatkan maklumat asas tentang kanser melalui entri Apakah Itu Kanser?

 

Terima kasih 🙂

 

iR Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019-937 7380
Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “Bahaya Kanser Kolorektal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge