• Putrajaya, Malaysia
  • March 29, 2024

Dalam Siri 1 Sikap & Adab Dalam Pemakanan & Minuman Islam yang lalu, perkongsian saya banyak menyentuh tentang amalan-amalan yang sangat mudah dan ringkas tapi sering kita abaikan. Padahal apa yang disarankan adalah kembali untuk kesihatan kita jua.

Seperti yang dijanjikan, kalini saya sambung untuk Siri 2 pula. Mesti kita nak tahu apa kaitan adab tersebut dengan kesihatan kita kan? Jommmm.

 

 

Sikap & Adab Pemakanan & Minuman Menurut Islam

 

 

sikap dan cara makan dan minum menurut tips kesihatan Islam 3

 

Cara Minum Yang Betul

  • Rasulullah SAW tidak menggalakkan seseorang menghabiskan minuman dalam satu teguk.
    • “Janganlah kamu habiskan minuman dengan satu teguk seperti unta tetapi minum dengan dua atau tiga teguk. Sebut Bismillah apabila kamu hendak minum dan puji Allah apabila kamu selesai” (Tarmizi)
    • Anas bin Malik melaporkan “Rasulullah SAW minum dengan tiga nafas” (Bukhari & Muslim)
  • Menurut Imam Muslim, cara minum seperti ini lebih:-
    • menghilangkan dahaga
    • menyihatkan
    • menghadamkan

 

Mengunyah Dengan Sempurna

Makanan yang keras seperti daging perlu dikunyah sedikit demi sedikit. Jika ia ditelan tanpa dikunyah dengan sempurna, ia akan mendatangkan kesan negatif kepada sistem penghadaman.

Sehubungan dengan ini, Tarmizi berpandukan hadis bertaraf Hasan melaporkan, Nabi SAW bersabda, “Gigit daging sedikit demi sedikit dengan gigi kami. Cara ini lebih lazat dan membantu penghadaman”

Salah satu cara nak kurus pun perlu kunyah dengan sempurna kan? Kalau tak, kesian kat perut dan usus terpaksa bekerja berkali ganda nak hadamkan makanan tadi, ye tak?

 

sikap dan cara makan dan minum menurut tips kesihatan Islam 1

 

Mambasuh Tangan & Menjilat Jari

Rasulullah SAW bersabda’ “Keberkatan makanan terletak pada amalam berwuduk sebelum dan selepasnya” (Tarmizi & Abu Daud).

Kalimat “berwuduk” di sini bermaksud membersihkan tangan. Andai kata tangan dibasuh sebelum dan selepas makan, ia mendatangkan keberkatan.

Selain daripada itu, setiap makanan mempunyai zatnya. Zat-zat ini sangat bermanfaat kepada tubuh kita walaupun sedikit. Membuang/membazir makanan bermakna membuang sesuatu yang mendatangkan manfaat.

Islam mendidik umatnya menghargai makanan dengan menjilat jari-jari mereka secara sopan dan beradab selepas makan.

Kaab bin Malik melaporkan, “Rasulullah SAW makan sesuatu dengan mengggunakan tiga jari dan baginda menjilat jari-jari sebelum mengesat tangan” (Muslim)

 

 

Cara makan dan minum menurut ajaran Islam adalah yang paling baik untuk kesihatan

 

Makanan dan minuman perlu ditutup supaya kebersihannya sentiasa terjaga dan tidak terdedah kepada lalat dan serangga yang lain.

Islam juga melarang umatnya membiarkan tangki-tangki dan tempat penyimpanan air dalam keadaan tidak tertutup kerana boleh mendedahkan kepada kotoran.

Rasulullah SAW bersabda, “Kuncilah pintu rumahmu, tutuplah tempat simpan airmu, balikkan bekas-bekas air atau tutupkannya dengan sesuatu dan padamkan pelita sebelum tidur pada waktu malam” (Tarmizi) – hadis bertaraf Hasan Sohih.

Kalau difikirkan, amalan ini sebenarnya boleh mencegah daripada kedatangan lipas, tikus, semut atau serangga lain yang suka kepada kekotoran sekaligus menyebabkan pelbagai jenis penyakit. Nampak macam leceh jer nak kene “operasi”kan dapur sebelum tidur, tapi sebenarnya terlalu besar hikmah yang tersembunyi.

Benarlah, setiap sesuatu yang disarankan oleh Islam itu tersembunyi sejuta macam kebaikan untuk diri kita sendiri. Ni baru yang sunah dan perkara harian kan, kalau perkara yang WAJIB tu, mesti lagi besar hikmahnya.

Jadi, tak rugipun kalau kita mengikut adab pemakanan dan minuman dalam Islam ni. Sendiri yang amalkan, sendiri yang terasa kebaikannya.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge