Baby carrier memang menjadi pilihan terutama kepada ibu bapa yang sering bergerak atau sewaktu ingin pergi ke tampat yang ramai orang seperti ekspo, lapangan terbang, pameran dan sebagainya. Tidak kurang juga menjadi pilihan ibu bapa yang mempunyai lebih daripada seorang anak kecil.
Menggunakan baby carrier lebih memudahkan serta melancarkan pergerakan berbanding penggunaan stroller yang agak memakan ruang dan menyebabkan pergerakan kita agak terbatas.
Sekarang ni, macam-macam jenama baby carrier yang ada di pasaran. Pelbagai corak dan harga. Namun demikian, ciri utama yang perlu dititikberatkan oleh ibu bapa ialah keselamatan dan keselesaan bayi dan anak kecil sewaktu menggunakannya.
Panduan Memilih Baby Carrier Yang Betul
1) TICKS – Pilih baby carrier yang mematuhi prinsip TICKS.
T=Tight: Anak mesti erat dalam dakapan ibu/bapa/pembawa namun kedua-duanya masih dalam keadaan selesa. Jangan terlalu ketat sampai anak susah nak bernafas.
I=In view at all times: Anak mesti sentiasa dapat dipantau. Untuk back carry, pastikan sentiasa berkomunikasi dengan anak.
C= Close enough to kiss: Pastikan kedudukan anak pada paras yang betul. Penandanya, kita dapat cium dahi/kepala anak (untuk front carry). Kalau tak sampai nak cium tu bermakna kedudukan anak terlau rendah. Tapi jangan pula terlalu ti nggi sehingga menghalang penglihatan perbawa. Nanti kang, tak pasal-pasal masuk longkang…hehe
K= Keep chin off the chess: Pastikan dagu anak tidak terlalu bersentuhan atau tertekan ke dada anak kerana keadaan ini akan menyukarkan mereka untuk bernafas.
S= Supported back: Bahagian belakang badan anak disokong dan berada di dalam keadaan semulajadi. Penting bagi bayi 4 bulan ke bawah untuk berada di dalam bentuk C (seperti dalam kandungan) kerana tulang belakang mereka masih belum kuat.
Memaksa mereka duduk dikhuatiri akan mencederakan atau menganggu tumbesaran tulang belakang mereka.
2) Selesa, Ergonomik & Selamat
Adalah sangat penting untuk memastikan kedudukan anak yang memberi keselesaaan dan selamat kepada pembawa, anak serta memenuhi ciri ergonomic.

Bag sling adalah berbahaya kerana boleh menyebabkan bayi lemas. Di Amerika Syarikat, penggunaanya sudah diberhentikan kerana terdapat kes bayi yang mati lemas.

3) Beli Yang Original
Jangan kerana ingin terlalu berjimat, kita sanggup mempertaruhkan keselamatan dan nyawa anak kita. ekoran membeli produk baby carrier tiruan memang yang berlambak terdapat di pasaran. Barangan tiruan ni tidak menjalani ujian kualiti (QC) dan rendah kualitinya.
Namun, walaupun murah, ianya langsung tidak berbaloi. Sebagai contoh, SSC original jenama tempatan kita boleh dapat dalam harga sekitar RM 230++, jenama antarabangsa seperti Boba dan Ergobaby boleh dapat dalam RM 380++, wrap/ring sling dalam RM 150++. Jika terlalu murah berbanding harga tersebut, lebih baik selidik dahulu.
Namun, perlu diingat bahawa yang mahal-mahal ni tak semuanya original. Mungkin juga terdapat baby carrier keluaran tempatan yang tinggi kualiti dengan harga yang lebih murah.
Nak lebih selamat, belilah daripada penjual/pengedar yang sah.
4) Pilih Ikut Kesesuaian
Terdapat pelbagai jenis baby carrier di pasaran kita. Ada soft structure carrier (ssc), wrap, ring sling dan mecam-macam lagi. Pilihlah ikut kesesuaian umur anak.
Untuk dapatkan lebih banyak maklumat tentang penggunaan baby carrier ni, boleh join Facebook Malaysian Babywears. Banyak info yang dikongsikan.
Selain iru, mereka sering menganjurkan perjumpaan untuk ibu bapa mencuba pelbagai jenis carrier yang memenuhi ciri-ciri TICKS.
Cara Lebih Mudah & Murah Dapatkan Baby Carrier
Kalau kurang berkemampuan untuk membeli baby carrier, boleh juga menggunakan kain batik lepas. Pastikan kain masih baru dan kukuh.
Boleh juga beli second hand atau used baby carrier dari penjual yang dipercayai dengan join group facebook Malaysian Babywearers FSOT and Rental.
Bagi yang dah terbeli baby carrier yang crotch carrier tu, usah gusar. Tak perlu buang, nanti membazir jer. Harga pun boleh tahan mahal terutamanya jenama Bjorn tu.
Kita boleh ubah kepada baby carrier yang ergonomik seperti gambar di bawah. Guna shawl tebal je. Jimat!
Cara Beli Carrier Dari Penjual Yang Sah
Di Malaysia ni, banyak sebenarnya penjual carrier yang sah. Di antaranya ialah Big Eye Shop, Fabulous Mom, Anak Ibu Shop, Snuggbaby, Yamie dan Baby Vibes.
Boleh juga rujuk fail “approved vendor” di dalam group Malaysian Babywearers” untuk maklumat lanjut.
Bagi SSC dan Ergobaby, kita boleh rujuk laman web mereka untuk senarai penjual carrier yang sah di serata dunia. Buatlah pilihan bijak demi si manja kita.
Kredit: momofprecious
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Banayk betul tipsnya. Kadang-kadang kita takut nak membeli yang berkualiti, pasal mahal. Tambahan pula kegunaannya hanya untuk tahun-tahun awal kanak-kanak sahaja. Kalau kita fikir dari faktor keselamatan, harganya mahal sedikit pun kita sanggup beli, asal berbaloi dengan ciri keselamatan yang ada.
Azwan recently posted…7 tips mengelakkan tertipu ketika membeli secara atas talian.
Betul, walaupun kita beli yang tak ori, masih lagi mahal sebenarnya. Tak padan dengan risiko tang kita bakal hadapi
terima kasih atas perkongsian, memang duk suvey2 baby carrier, lebih mudah dibawa, berbanding stroller
Sama-sama. Semoga bermanfaat
bercinta kalau nak pindah kan car seat dari kereta ke kereta yang lain. nangis
Betul sangat, kalau boleh, kalau ada 3 kereta, nak ke letak 3 car seat tapi membazir plak…huhu