• Putrajaya, Malaysia
  • April 19, 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

 

Ramai sahaja orang yang mempunyai badan slim tapi bermasalah di bahagian lengan. Di tambah pula dengan faktor peningkatan usia seseorang.

 

Di sini saya ingin kongsikan tips mudah untuk mendapatkan bentuk lengan yang lebih kurus dan cantik.

 

Tips Lengan Kurus dan Cantik Dengan Mudah

 

1) Angkat Berat

 

Pilihan utama sudah pastilah di gim kerana hampir setiap gim menyediakan kemudahan peralatan mengangkat berat. Beban yang disediakan adalah daripada yang paling ringan sehingga kepada yang paling berat mengikut keperluan individu.

 

Seelok-eloknya senaman ini dilakukan 3 kali seminggu.

 

Anda juga boleh membeli dumbbell di mana-mana kedai peralatan senaman. Selain daripada itu, anda juga boleh mencari alternatif lain seperti mengangkat tin atau botol berisi air atau pasir di rumah. Lakukan sebanyak set yang anda mampu.

 

 

2) Aerobik

 

Aerobik merupakan salah satu cara yang paling baik untuk menggerakkan keseluruhan tubuh badan anda. Latihan windmill atau kincir angin turut membantu anda untuk mendapatkan lengan yang kurus.

 

Angkat kedua belah tangan anda seperti kedudukan kincir angin. Tangan kanan cuba mencapai hadapan kaki kiri dan bangun semula. Seterusnya,ulang pergerakan menggunakan tangan kiri untuk mencapai lantai hadapan kaki kanan seperti di dalam gambarajah di bawah:-

 

 

Tips Kuruskan Lengan - windmill

 

 

3) Push-Up

 

cara mudah kuruskan lengan-push-up

 

 

Senaman Push-up membantu mendapatkan lengan yang kurus kerana ia boleh membentuk lengan serta mengurangkan tisu-tisu lemak di bawah lengan anda. Dengan menjadikan push-up sebagai rutin harian anda, anda akan memperolehi lengan yang cantik dan kurus seperti idaman anda.

 

 

4) Boxing

 

Pagi pengamal gaya hidup yang sihat, boxing agak popular sebagai cara untuk mendapatkan lengan yang cantik dan kurus. Melalukan boxing dengan menumbuk punching bag akan membantu koordinasi dan keseimbangan badan anda serta boleh membentuk lengan yang cantik.

 

 

cara mudah kuruskan dan cantikkan lengan-boxing

 

Anda juga boleh melakukan latihan menumbuk dengan membayangkan anda sedang menumbuk sesuatu bagi mendapatkan lengan yang pejal dan cantik.

 

 

5) Makanan

 

Mengambil makanan yang sihat dan seimbang adalah sangat penting. Anda perlu bijak mengawal pemakanan serta menggabungkan kumpulan makanan supaya dapat membantu anda mendapatkan tubuh yang langsing dan lengan yang kurus.

 

Keutamaan makanan yang perlu diberi perhatian ialah sayur-sayuran, buah-buahan, daging, kekecang, bijirin, makanan rendah karbohidrat dan makanan berasaskan tenusu.

 

Pengambilan diet yang seimbang membantu anda mendapat hasil yang lebih cepat berbanding mengamalkan diet tradisional seperti berlapar setiap hari.

 

 

6) Minum Banyak Air

 

Air merupakan medium terpenting yang berfungsi mengeluarkan toksin daripada tubuh  anda. Namun, pengambilan air secara berlebihan juga adalah tidak digalakkan. Sebaik-baiknya minum air sebanyak 8 gelas sehari atau 2-3 liter mengikut keperluan berat tubuh anda.

 

Kesimpulannya, pergi ke gim setiap tidak menjamin untuk anda menjadi cantik dan hebat. Amalkan cara hidup yang sihat adalah sangat penting. Bersabar menunggu hasil daripada usaha yang anda lakukan. Yang paling utama adalah buat bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa.

 

Tips Shaklee Untuk Kuruskan Lengan

 

Amalkan pengambilan supplement Omega, Alfafa dan ESP untuk membantu result yang optimum dalam usaha menguruskan lengan anda.

Omega akan membantu membakar lemak di seluruh tubuh termasuk lengan anda. Apatalah lagi lemak-lemak yang telah berkurun lama terpendam.

Alfafa pula membantu melakukan detox terhadap toksin serta lemak yang telah dibakar di dalam tubuh anda.

ESP pula bantu membina sel-sel yang sihat sekaligus membentuk otot-otot yang pejal menggantikan ruangan lemak yang telah dibakar. Sekaligus mengelakkan kesan menggeleber pada tubuh dan lengan anda tadi.

 

Order Set Kuruskan Lengan Sekarang!

order produk shaklee-order-sekarang

 

 

 

Untuk mendapatkan harga ahli yang lebih jimat di antara 20-25%, hubungi saya segera untuk mendaftar sebagai ahli.

 

Terima kasih 🙂

 

Untuk sebarang pertanyaan juga, sila hubungi saya.

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: )19 – 937 7380

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

6 thoughts on “Tips Mudah Kuruskan Lengan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge