• Putrajaya, Malaysia
  • April 29, 2024

Pengurangan berat badan sangat berkadar rapat dengan kalori. Namun, kebanyakan daripada kita merasa sukar untuk menyukat kalori harian. Jangan gusar, terdapat panduan mudah untuk anda amalkan. Jadikan ia sebagai amalan harian. Bila dah jadi tabiat, senang jer nanti.

 

Cara Paling Berkesan Bakar Kalori

 

 

Cara Mudah Mengurangkan Kalori Harian

 

1) Berhenti Sebelum Kenyang

Makan sekadar perlu, jangan sehingga anda mengah atau berasa terlalu penuh perut baru berhenti. Selain itu, elak membiarkan perut anda kosong terlalu lama sehingga ke tahap kebulur. Kalau tak, anda akan makan terlalu banyak kerana otak menghantar signal yang anda berada pada tahap kelaparan melampau.

 

2) Makan Apabila Lapar

Makan hanya apabila terasa lapar. Anda pasti terkejut apabila mengetahui kekerapan anda makan selama ini hanyalah untuk memenuhi tuntutan emosi. Jadi beringat semasa makan sekiranya anda sedang marah, sedih atau kesepian. Cuba cari aktiviti lain yang boleh menenangkan perasaan anda selain daripada makan.

 

3) Makan Tanpa Beraktiviti

Jangan makan sambil melakukan aktiviti lain seperti membaca atau menonton televisyen. Kajian menunjukkan bahawa punca utama kenaikan berat badan adalah akibat ketidaksedaran pengambilan makanan.

 

4) Membeli-belah Setelah Kenyang

Jangan pergi ke kedai runcit, supermarket atau pasar raya dengan perut kosong. Sekiranya anda membeli belah dalam keadaan yang lapar, anda akan cenderung untuk membeli makanan rapu atau yang tidak berkhasiat.

 

5) Makan Dengan Tertib

Jangan gelojoh. Makan dengan tertib dan perlahan. Jadikan waktu makan anda sebagai waktu yang santai dan menyenangkan. Duduk sewaktu makan, kunyah perlahan-lahan hingga hancur, letakkan sudu dan garfu sewaktu mulut penuh dengan makanan.

 

6) Makan Dalam Kuantiti Kecil

Ambil makanan dalam kuantiti (portion) yang kecil bagi mengelakkan kita cenderung menghabiskan makanan walaupun sudah kenyang. Mesti akan rasa bersalah kalau membazir kan?

 

Kalau ditenung balik semua point kat atas nun, hampir semua point tersebut ada diajarkan di dalam Islam tentang adab-adab dan amalan sewaktu makan kan? Siapa yang betul-betul amalkan ajaran Islam, inshaa Allah, sihat sokmo!

 

 

Tips Bakar Kalori Dengan Shaklee

 

Cinch Tea dan B Complex membantu anda untuk meningkatkan metabolisma. Apabila metabolisma semakin tinggi, keupayaan membakar kalori juga semakin tinggi.

 

Cinch Shake pula merupakan protein yang mengandungi leucine yang berfungsi membina otot yang sihat. Badan yang jisimnya lebih banyak otot juga mempunyai kadar metaboliesma yang lebih tinggi berbanding badan yang banyak lemak, walaupun mempunyai berat badan yang sama.

 

 

Berminat Untuk Bakar Kalori Dengan Shaklee?

 

Anda boleh order sendiri Set Bakar Kalori atau hubungi saya untuk membantu anda. Pastikan pilih perisa Cinch Shake terlebih dahulu sama ada Chocolate, Cafe Latte atau Vanilla.

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “Tips Mudah Mengurangkan Kalori Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge