• Putrajaya, Malaysia
  • April 20, 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

 

Alhamdulillah, setelah hampir beberapa hari menyepi dari dunia blogging, awal pagi ni dapat saya kembali ke sini. Rindu!

 

Saya ni baru sampai dari kampung. Mula pulang bercuti pada lebih kurang pukul 1 pagi, hari Sabtu lepas. Sampai rumah mak dah dekat subuh.

 

Malam esok tu, dah start rasa tak sedap badan. Rupa-rupanya kene demam. Tu pasal tak boleh sangat mengadap blog ni. Bila kepala berdenyut-denyut, lenguh-lenguh badan dan terasa seram sejuk dan berangin jer, melepek lah jadinya.

 

Opppss sorry! Terpanjang pulak intronya ni 😛

 

Panduan melancong ke luar negara yang saya maksudkan ni berdasarkan kepada pengalaman saya sewaktu menetap di Amerika Syarikat dulu.

 

 

Panduan Melancong Ke Luar Negara

 

Tips Persediaan Keperluan Melancong Ke Luar Negara

 

1) Pastikan Bawa Luggage Kosong

 

Sekiranya anda hanyalah pergi melancong ke luar negara dalam tempoh yang singkat seperti 2-3 minggu, tak perlu isi muatan pakaian sangat.

 

Kalu suka t-shirt atau jeans, shopping jer kat sana. Mesti berbaloi. Ni kalau di Amerika. Tapi kalau nak ke negara lain, survey dulu harganya ye kat negara tersebut.

 

Kalau nak bawa dua luggage, biarkan kosong satu. Kalau nak isi pun, penuhkan barang-barang dari Malaysia untuk kenalan atau saudara mara di negara tersebut.

 

Sebabnya, saya jamin anda akan terliur tengok harga branded item di sana yang jauh lebih murah berbanding di Malaysia.

 

Macam sahabat saya yang datang mengunjungi saya sebelum ni, kami siap hadiahkan beliau luggage baru sebab luggage sedia ada dah terlebih muatan. Tupun beliau bukan jenis kaki shopping. Sekadar beli cenderamata serta beberapa barangan yang dikirim oleh keluarga serta kawan-kawan.

 

Sekiranya anda plan melancong secara backpacking, tu kira cerita lain lah pula.

 

2) Kad Kredit Memudahkan Urusan Pembayaran & Pembelian

 

Kat sana kebanyakkannya menggunakan kad kredit untuk urusan pembayaran walaupun mereka tetap menerima cash. Jadi, pastikan anda bawa kad kredit yang mungkin boleh membantu melancarkan urusan anda di sana.

 

3) Cuaca Empat Musim Yang Bersesuaian

 

Pastikan anda check betul-betul, waktu anda nak melancong tu, musim apa. Biasanya awal musim bunga dan musim luruh memang cantik sangat. Cuaca pun just nice walaupun ada kalanya masih sejuk.

 

 

Tips Melancong Ke Luar Negara Terbaik

 

Tapi kalau nak merasa musim salji, check juga ramalan cuaca agar kurang risiko terkandas kapal terbang akibat ribut salji.

 

4) Hotel Yang Agak Praktikal

 

Check lah awal-awal hotel mana yang berdekatan tempat yang anda nak lawat. Kalau anda ada kenalan atau saudara-mara di sana, tumpang jer rumah diaorang. Jimat belanja 😀

 

Macam kami dulu, selalunya time summer (cuti musim panas), selalu jugak student datang tumpang tidur kat rumah. Kadang-kadang jadi tempat singgah 1-2 hari sebelum diaorang meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

 

 

5) Kereta Sewa Sebagai Kenderaan Utama

 

Kalau anda nak bergerak sendiri, banyak perkhidmatan kereta sewa yang disediakan. Biasanya sekali dengan car seat untuk bayi dan kanak-kanak. Selalunya kami menyewa dengan Syarikat Enterprise.

 

 

6) Ubat dan Supplement Bekalan Sewaktu Melancong

 

Sekiranya anda perlu mengambil ubat secara konsisten, jangan lupa untuk bawa bersama anda.

 

Bagi pengamal supplement, bagus kalau bekalkan vitamin untuk imun tubuh seperti Vitamin C, Vitamin E, Omega, Garlic dan Nutriferon.

 

Untuk kekal cerdas dan cergas, boleh bawa sekali CoQ Health Plus, Performance Drink, Ostematrix, Collagen dan Vivix.

 

Panduan & Cadangan Memilih Souvenir Dari Luar Negara

 

Selalunya keluarga atau kawan-kawan di Malaysia memang tunggu buah tangan dari luar negara kan?

 

Fridge magnet ni adalah salah satu souvenir yang agak popular dan diminati ramai. Saya ni salah seorang penggemarnya.

 

 

Panduan Melancong Ke Luar Negara-fridge magnet

 

Jangan tak tahu, sejak saya pulang dari luar negara, fridge magnet ni dah jadi fenomena dalam keluarga dan ipar-duai saya. Ni semua akibat diaorang geram dengan koleksi fridge magnet saya :p

 

Jadi, boleh sahaja kalau anda beli banyak-banyak sebab ramai yang suka.

 

Cenderahati lain yang agak popular juga ialah wallet, purse, tie, tali pinggang, jam tangan, tuala mandi, t-shirt, pakaian kanak-kanak, hiasan meja serta gelas kecil atau mug.

 

Begitulah serba sedikit panduan yang dapat saya kongsikan. Saya karang apa yang terlintas kat dalam kepala. Asalnya nak buat ringkas jer, tak sangka pula dah berjela-jela jadi :p

 

Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

4 thoughts on “Tips Ringkas Melancong Ke Luar Negara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge