• Putrajaya, Malaysia
  • April 24, 2024

Hahahaha….marah nampak! Tak delah,tak marah pun. Ni nak kabo, bila kita dah ada anak 2-3 orang, walaupun anak-anak tu masih kecil, memang bab pengurusan pakaian ni boleh jadi isu besar tau.

Silap cara, boleh jadi stress mak-mak ni. Macam rimau kene sengat tebuan gitu. Tambah-tambah lagi kalau sebelum ni mak-mak ni jenis perfectionist. Nak rumah kemas dan tersusun sokmo.

Kene pulak anak tu jenis suka bersalin pakaian. Pantang lepas mandi atau pakaian basah, mesti nak tukar pakaian lain yang belum dipakai.

Kalau 2 hari tak basuh baju, jawabnya melimpah-ruah lah bakul pakaian kotor tu.

Ni belum kira lagi pakaian yang dah siap dicuci tapi belum sempat lagi kita nak lipat.

 

 

tips jimat masa

 

Memang akan jadi gunung daik bercabang 3-4 jugaklah. Cuma, nak nampak kemas sikit, kasi sumbat semua pakaian tu ke dalam bakul.

Masa kat kampung zaman muda remaja dulu, nak cepat dan mudah, saya bahagi-bahagikan pakaian masing-masing setompok-setompok. Nak nampak kemas, ikat bunjut dengan kain pelikat atau kain batik.

Tapi kain pelikat lebih best sebab bidang dia lagi besar. Ikatan pun jadi lebih kemas.

Ok, settle bab kain baju yang belum berlipat, nak nampak kemas ni.

Bila dah lipat pakaian tu semua, kita susunlah cantik-cantik dalam almari kan. Susun macam kat pasaraya tu, siap ikut kategori lagi.

Dah happy dan puas hati sangat tengok hasil kerja sendiri kan.

Sekali bila time budak-budak ni nak cari pakaian diaorang, diaorang main kumbah jer. Habis berterabur sana-sini.

Hayyyooo, boleh melayang separuh jiwa. Kalau yang jenis tak dapat menahan sabar, daripada gaya ala-ala puteri ayu, mau bertukar jadi raksasa biru….hohoho

So, solusinya, untuk kes yang macam ni, saya beli palang 2 tingkat macam tempat untuk jemur kain tu. Lepas tu borong hanger kecil banyak-banyak.

Setiap kali jemur kain, terbalikkan baju tu dulu. Tujuannya adalah untuk elak warna baju cepat pudar.

Lepas tu, baju budak-budak ni yang memang ada pair dia, terus saya jemur sepasang. So far memang kering.

Bila angkat kain tu semua, angkat sekali dengan hanger.

Lepas tu susun elok-elok baju diaorang ikut kategori dan row baju masing-masing.

 

 

tips jimat masa

 

 

Fuhhhh, terasa dapat menghirup udara ni dengan aman damai jadinya.

Memang sangat mudah dan jimat masa serta kerja dan tenaga kita bila praktikkan cara ni.

Baju diaorang kan masih bersaiz kecil. Jadi sesuai kalau nak letak kat palang bawah. Palang atas tu boleh buat sidai tuala atau sangkut uniform sekolah dan kemeja kerja yang dah siap diseterika.

 

 

tips jimat masa

 

Kan ke seronok je bila nampak baju tersusun kemas. Anak-anak pun boleh pilih sendiri je pun pakaian diaorang.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

(Atau klik terus untuk WhatApps: www.wasap.my/60199377380)

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge