• Putrajaya, Malaysia
  • April 18, 2024

Apakah visceral fat ni? Mesti jarang dengar kan? Visceral fat ni merupakan lemak di keliling organ. Sememangnya sekeliling organ kita memang terdapat lemak.

Nak senang nampak, kalau beli ayam kat pasar, cuba perhatikan jantung atau pedal ayam, memang terdapat lemak kan kat situ? Itulah visceral fat.

 

Perlu Ke Visceral Fat?

Lemak di sekeliling organ ni fungsinya sebagai kusyen kepada organ-organ dalam badan kita agar tidak berlaku perlanggaran antara satu sama lain.

Jadi, badan kita memang memerlukan visceral fat ni. Memang ada gunanya.

Bayangkan kalau takde lemak-lemak tu semua, pelanggaran organ yang berlaku mungkin akan menyakitkan kita atau buat kita rasa tak selesa.

 

tips kurus sihat

 

Jadi, Apa Isu Dengan Visceral Fat Ni?

Masalah mula timbul apabila lemak di sekeliling organ ni menjadi terlalu banyak dan semakin menebal.

Sebahagian besar masalah ini muncul akibat daripada pemakanan serta gaya hidup yang tidak sihat.

Di antaranya ialah gemarkan makanan tinggi lemak, berminyak, garam, gula terutamanya gula putih, sukakan makanan rapu, makanan segera, makanan proses, air gas, alkohol, merokok dan banyak lagi lah.

Apabila lemak di sekeliling organ ni menjadi semakin tebal, ia akan menekan organ dan akan menganggu organ kita untuk bekerja dengan lebih efisyen dan mantap.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Facebook: Naimah Wahab

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

6 thoughts on “Visceral Fat; Adakah Perlu Atau Berbahaya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge