• Putrajaya, Malaysia
  • April 18, 2024

Nasi adalah makanan ruji kita ni rakyat Malaysia. Tanyalah sesiapa sahaja (yang jenis hari-hari nak pekena nasi)  yang keluar negara. Pergi pulak negara yang sukar nak jumpa nasi. Kalau dah 3-4 hari tak jumpa nasi, mesti rasa macam nak rebah, macam nak pitam je. Ye tak? hehehe.

Berbalik cerita nasi dan beras ni, sebenarnya banyak petua masakan yang boleh kita praktiskan andai kita berhadapan dengan situasi yang berkaitan. Masak nasi hari-hari pun ada kalanya tersilap juga kan? Terlebih air, terkering atau terhangit (ni yang kes masak nasi atas dapur gas).

 

Pelbagai Petua Dalam Memasak Nasi

1) Memutihkan Nasi

 

Petua putihkan nasi

 

Petua putihkan nasi

 

Masukkan 1 sudu kecil air limau nipis ke dalam nasi yang hendak dimasak.

 

2) Memasak Nasi Yang Mentah

Isi air ke dalam cawan dan letakkan di dalam periuk yang berisi nasi. Tutup periuk dan perlahankan api sehingga nasi masak.

 

3) Mengelakkan Nasi Menjadi Hangit

Nasi yang dimasak akan menjadi kurang enak sekiranya menjadi hangit. Caranya, sebelum memasak nasi, masukkan satu sudu kecil marjerin/mentega ke dalam periuk.

 

4) Mengelakkan Bau Hangit Nasi

  1. Masukkan beberapa tangkai cili kering dan tutup dengan daun pisang. Bau hangit akan hilang.
  2. Ambil kulit bawang, cuci dan masukkan ke dalam periuk nasi yang hangit tadi. Seterusnya tutupkan.
  3. Ambil daun pandan, masukkan ke dalam mangkuk dan letakkan di tengah-tengah nasi yang hangit.

 

5) Supaya Nasi Lambat Basi

 

nasi lambat basi

 

  1. Sewaktu memasak nasi, masukkan 2-3 kuntum bunga cengkih serta secubit garam halus.
  2. Basuh beras sehingga beras kelihatan putih. Masukkan air dan barulah ditanak seperti biasa.

 

6) Mengelakkan Nasi Lembik

Kebanyakan daripada kita memang tidak menggemari makan  nasi lembik. Untuk mengelakkan pembaziran, boleh cuba cara ini.

Masukkan 2 biji telur ayam ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika. Hasilnya kita akan dapati nasi akan kering dengan sempurna.

 

7) Menyukat Air Untuk Beras

Basuh beras seperti biasa. Masukkan ke dalam periuk. Sukat beras tersebut dengan jari. Kemudian masukkan air pula yang jumlah sukatannya sama dengan sukatan beras.

 

8) Hilangkan Bau Hapak Beras

Basuh beras seperti biasa dan masak beras tersebut. Apabila air menjadi kering, masukkan sehelai daun pandan.

9) Enakkan Rasa Beras

Ada kalanya kita tersilap membeli beras dan mendapati rasanya kurang enak dan kurang bermutu. Cara mengatasinya ialah dengan menggoreng beras tersebut tanpa minyak. Kemudian rendam selama beberapa minit. Lepas tu masak seperti biasa.

 

10) Mengelakkan Kutu Beras (Bubuk)

 

Elak kutu beras (bubuk)

 

Beras kalau dah disimpan lama, mesti akan banyak bubuk yang terdapat padanya.

Gunakan daun limau nipis atau purut untuk mencegah bubuk. Masukkan daun limau nipis ke dalam beras yang disimpan. Buat satu lapisan dan letakkan beras.

Ulang untuk beberapa lapisan daun limau nipis atau purut dan beras. Pasti bubuk tidak lagi menyerang beras kita. Beras pun berbau wangi.

 

Mudah je kan petua masakan berkaitan nasi dan beras ni? Bahan-bahan pun senang nak cari in case kita yang mengalami situasi yang sama. Biasanya masalah ini (nasi hangit) berlaku kalau kita guna periuk di atas dapur gas.

Ataupun yang memasak untuk jamuan menggunakan periuk manual. Biasanya rewang kat kampunglah. Pakai periuk saiz giant tu, lepas tu bakar atas kayu api. Jadi petua ni semua sangat superb untuk diketahui oleh tukang masak tu 😀

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “10 Rules; Petua Masakan Nasi & Beras Yang Sangat Mudah

    1. saya pun tak mahir mana tanak nasi pakai periuk manual. Sukat air pun nak kene pakai bekas. Kalau orang terror, senggengkan periuk je dah tahu air cukup ke tak…hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge