• Putrajaya, Malaysia
  • April 18, 2024

Hujung minggu adalah hari mengemas rumah bagi hampir semua wanita terutamanya kepada ibu yang bekerjaya. Kalau nak harapkan hari-hari kerja, memang tak sempatlah. Nak-nak kalau yang jenis sampai rumah dah senja atau yang selalu outstation. Kalau yang jenis ramai anak kecil yang lasak dan aktif, mesti rumah boleh mengalahkan tongkang pecah, hehehe.

 

Panduan Kemas Rumah Pantas, Mudah & Cepat Ibu Yang Sibuk

1) Dahulukan Keperluan Anak Kecil

  

Bagi yang ada anak kecil, terutamanya bayi, pastikan kalau time tukar lampin/diapers atau menyusu tu, diselesaikan terlebih dahulu sebelum kita nak mulakan kerja-kerja rumah ni. Jadi, taklah baru jer nak sapu habuk, baby dah meraung.

Kalau baby dah kenyang, biasanya kurang-kurang 1-2 jam baby akan tidur dengan lena. Boleh lah kita nak sapu sampah ke, jemur kain ke, lipat baju ke, kan?

 

2) Basuh Baju Mengikut Jadual

Sebenarnya tak perlulah rigid sangat. Kalau keluarga kecil, boleh basuh baju 2-3 kali seminggu je. Tapi kalau keluarga besar, mungkin perlu setiap hari, malah mungkin beberapa kali sehari.

Kalau memang selalu ada aktiviti hujung minggu, cuba elakkan membasuh baju pada hari tersebut.

 

3) Basuh Baju Awal Pagi

Kenapa? Kalau cuaca panas elok, tak sampai tengah hari pakaian dah kering. Ni jika ibu berada di rumah atau pada hujung minggulah. Jadinya, dah boleh lipat awal semua pakaian tadi.

 

4) Cara Paling Mudah Uruskan Pakaian

Dalam part kain baju ni, dari basuh sehingga disimpan dalam almari, mana yang paling tak best? hehehe

Saya paling suka jemur kain sebenarnya dan paling kurang rajin, lipat pakaian…kiki.

Sebenarnya, kalau nak mudah, jemur pakaian menggunakan hanger terutamanya pakaian yang perlu digosok. Lepas kering, sangkut terus dalam almari. Kaedah ni akan mengurangkan kedutan dan memudahkan kerja menggosok nanti.

  

Untuk pakaian kita dan anak-anak kat rumah pun boleh juga guna cara ni. Jadi, jimat masa melipat kain baju.

Untuk yang perlu dilipat macam kain batik, kain pelikat atau tuala tu, boleh buat sambil-sambil menonton tv ke, dengar ceramah kat youtube ke, dapat juga menghiburkan hati. Hilang stress 🙂

 

5) Multitasking

Buat beberapa kerja dalam satu masa. Ibu dan mustitasking ni berpisah tiada, kikiki…Contohnya kalau kita nak basuh kain dan nak sapu sampah. Sebelum menyapu, setkan dulu mesin basuh baju. Lepas tu menyapulah.

Sedang elok baju siap dibasuh, lantai rumah kita pun dah bersih. Lepas tu dah boleh jemur baju. Boleh lagi sambung kerja lain macam nak merebus apa-apa kat dapur. Kan jimat masa lagi tu.

 

6) Membuat Kerja Secara Sistematik

Ianya ala-ala buat kerja ikut arah jam lah lebih kurang. Caranya dengan menetapkan titik permulaan kerja. Katakan nak kemas rumah. Jadi bermula dari ruang tamu depan, terus ke ruang tengah dan dapur. Maka, semua ruang akan dapat dibersihkan tanpa tertinggal.

 

7) Bermula Dari Atas Ke Bawah

Bersihkan habuk dan sesawang bahagian syiling terlebih dahulu, kemudian dinding dan akhirnya lantai.

Kalau rumah 2-3 tingkat, bersihkan tingkat paling atas. Begitu juga tangga, bersihkan tangga atas dahulu, baru ke bawah. Jadi kotoran dapat dihilangkan  dengan lebih sempurna.

 

8) Ambil Peluang Untuk Bersenam

  

Aktiviti mengemas rumah ni sebenarnya dapat membantu tubuh kita membakar kalori. Wahhh, peluang baik untuk kurus nih!

Contohnya mop lantai. Sambil mop lantai, pasang muzik kegemaran. Kalau muzik yang rancak-rancak, lagi best. Apa lagi, gerakkan sekali tubuh badan. Seronok seronok seronok!

Tips mengemop lantai ialah mulakan daripada bahagian tengah terlebih dahulu, diikuti bahagian tepi. Sebabnya, bahagian tengah selalunya lebih bersih berbanding kawasan berdekatan dinding. So, takdelah kita bawak pulak kotoran ke tengah kan.

Jangan lupa gunakan Basic H untuk mengemop lantai. Adik saya gunakan Basic H untuk lap meja. Katanya, semut dah tak datang!

 

9) Gunakan Bantuan Mesin

Kepada mereka yang berkemampuan, bolehlah gunakan alat-alat bantuan seperti robot untuk membersih lantai. Selain itu, mungkin boleh mendapatkan peralatan canggih seperti multi-function vacum yang boleh digunakan untuk pelbagai kerja rumah.

 

Jadi, sesibuk manapun kita, bukanlah alasan untuk tidak mendapat rumah yang cantik, tersusun dan kemas. Walaupun mungkin agak mencabar bagi mereka yang mempunyai anak-anak kecil yang aktif dan lasak, tetapi kita masih boleh mencari jalan untuk berkemas. Cumanya perlu diingat agar jangan jadi stress andai kekemasan rumah kita tidak sama sebagaimana sewaktu kita bujang dahulu.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

8 thoughts on “9 Tips Kemas Rumah Mudah & Cepat Wanita Yang Sibuk

  1. Bagus tips ni.
    Kalau stress sangat rumah tak kemas , saya selalu fikir. Alhamdulillah anak-anak tengah seronok main. biarkan dulu.

  2. Bagi sy bila menyewa rumah… storage@almari utk gantung baju sgt terhad.. terpaksa jugak dilipat… bab baju x berlipat ni yg semak mata… bila anak2 x jumpa baju nak pakai…mula laa sepahkan baju… ibu jugak..yg di cari…hujung minggu baru sempat…klu x kluar.. tp sy selalu stay up 2-3j utk lipat baju…storage kena cukup utk gantu g semua baju… tq sharing tge tips….

    1. aah, mana yang perlu lipat macam kain batil, pelikat, towel, jeans tu, memang perlu lipat, tapi kalau nak gantung, kene cari tempat rak gantung yang jimat space, contohnya jenis 2 tingkat.

      2-3 jam tu syok jugak melipat sambil layan channel resepi atau movie tuh, hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge