• Putrajaya, Malaysia
  • April 26, 2024

Sebelum ni saya pernah share resipi Ayam Masak Merah Versi Mama KIM yang sememangnya menjadi kegemaran 2 hero saya. Kalau buat masakan ayam masak merah ni, memang gerenti diaorang akan makan lebih banyak daripada biasa, bertambah-tambah gitu.

Kalau anak yang nombor 2 tu, siap esok mintak lagi lauk ayam masak merah ni. Kembang hidung mama ni tau…hahaha

 

Masih berasap di atas kuali, kene paksa posing dulu…hehehe

Pelbagai Cara Menyediakan Ayam Masak Merah

 

1) Ayam boleh nak digoreng bersama garam dan kunyit terlebih dahulu atau tidak.

2) Rempah boleh sesimple bawang merah dan bawang putih yang dikisar, ciliboh atau cili kisar, asam keping, garam dan gula melaka.

3) Dimasukkan serbuk kunyit di dalam rempah.

4) Dimasukkan serai di dalam masakan

5) Di masukkan daun limau purut di dalam masakan.

6) Dimasukkan kicap pekat atau kicap manis di dalam masakan

7) Dimasukkan sos cili dan sos tomato di dalam masakan.

8) Dimasukkan sos tiram di dalam masakan

9) Dimasukkan rempah 4 beradik (cengkih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis) di dalam masakan.

10) Dimasukkan serbuk kari di dalam masakan.

11) Dimasukkan kacang peas di dalam amsakan.

12) Dimasukkan bawang besar potong di dalam masakan.

 

Tu dia, ada 12 option untuk mempelbagaikan resipi ayam masak merah ni. Mudah kan memasak ni? Satu resipi asas, boleh dipelbagaikan serta dikembangkan hanya dengan menambah sedikit bahan-bahan lain jer.

Nanti try lah noh resipi ayam masak merah ni. Gerenti tak menyesal punye…hehe

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

(Atau klik terus untuk WhatApps: www.wasap.my/60199377380)

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge