Menjadi ibu bapa cemerlang adalah impian setiap insan yang telah berumahtangga dan merancang untuk mempunyai anak. Dengan peredaran zaman yang pesat kini, bukan sedikit cabaran yang perlu ditempuhi bagi mencapai hasrat tersebut. Seorang pakar psikologi kanak-kanak belum tentu dapat menguruskan anak sendiri walaupun pelbagai kes kanak-kanak lain dapat diselesaikan dengan jayanya.
Namun ianya bukanlah mustahil untuk para ibu bapa belajar menjadi contoh terbaik untuk anak-anak mereka. Di samping menjadi pelindung kepada si anak, ibu bapa juga sepatutnya menjadi pendorong untuk anak-anak mereka menjadi insan yang positif, bersahsiah tinggi serta seimbang antara emosi, rohani, intelektual dan akhlak.
Tips Ibu Bapa Cemerlang Sebagai Motivator
1) Dirikan Solat & Banyakkan Berdoa
Ini merupakan salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa, tururt sebutkan, “Ya Allah, jadikan hatiku bersih” dan digalakkan doa 12 pintu.
2) Selawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW
Selawat paling minima 100x sebelum tidur setiap hari. Ia merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa kita diampunkan Allah, otak menjadi tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat & Solat Istikarah
Selain memohon keampunan, dapat juga nencuci hati dan menenangkan minda.
4) Membaca Al-Quran
Selain daripada dapat mencuci hati, dapat juga menenangkan jiwa, sebagai penyembuh dan terapi. Bacalah sekurang-kurangnya 3x Surah Al-Ikhlas (Qulhu-Allah).
5) Bermaaf-maafan Sesama Kawan & Pasangan Setiap Hari
Semasa meminta maaf, sebutkan. Kita mungkin tidak boleh memohon maaf dengan semua manusia tetapi kita berupaya untuk memaafkan semua orang.
Cara ini akan mengurangkan beban emosi dan kita akan lebih ceria pada setiap hari.
6) Bisikan Perkara Positif Kepada Diri
Jangan sesekali mengutuk, mengkritik, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah “Aku sebenarnya…(perkara yang elok-elok belaka) dan ini boleh dipraktikkan kepada anak-anak.
7) Porgram Minda/Cuci Minda
Paling baik, pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan dalam hati “Ya Allah, cuci otak aku, cuci hati aku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, poositif”.
Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakam sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.
8) Ingat Mati
Bila kita berfikirkan tentang mati, secara tidak langsung, apabila kita ingin melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati pada bila-bila masa.
9) Aktiviti Cuci Hati
Untuk mencuci hati, antara aktiviti terbaik adalah dengan mencuci tandas. Mengikut sesetengah pendapat, ianya dapat membasuh kesombongan hati.
10) Berpelukan
Peluk pasangan (yang dah kahwih je ye, yang belum lagi tu, haiippp!) setiap hari sekurang-kurangnya 3x dalam tempoh 10 saat. Jangan lama sangat, dikhuatiri kita terpaksa ambil cuti kecemasan…hihihi
11) Berkata-kata/Nasihat Anak Pada Waktu Bersesuaian
Tindakan ini akan membentuk jiwa dan rohani anak-anak. Waktu yang digalakkan (teachhable moments) adalah seperti berikut:-
- sebelum tidur
- semasa tidur
- selepas tidur
- selepas riadah
- selepas solat
- selepas mandi air suam
12) Memberi arahan Yang Jelas
Arahan yang jelas kepada anak-anak seperti “Nak, solat jangan ditinggalkan” dan bukannya “Nak, jadilah anak yang cemerlang”(terlalu umum).
Sebenarnya ada banyak lagi tips keibubapaan, ibu bapa sebagai motivator anak-anak ni. Boleh baca sambungannya lagi Bahagian 2 dan Bahagian 3 ye. Tungguuuuu 😀 Boleh juga tambah pengetahuan kalau nak tahu tentang Tips Ibu Bapa Cemerlang Dunia Akhirat Prof. Dr. Muhaya.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
memang kena didik dari kecik.
tips yang baik.
titan recently posted…Vouloir C’est Pouvoir.
Betul betul betul ?
wow best la tips ini..terutama cuci minda..
biasanya kita cuci mata untuk maksud yang kurang sihat..
kali ini cuci minda..
malah tip untuk bermaafan adalah cara hebat untuk membuang energi negatif dalam pemikiran
Hero Borneo recently posted…Ciri-Ciri Matlamat Yang Hebat
Kan, cuci kasi hilang karat
Kena baca selalu baru cepat ingat ni…Dan terus amalkan…
Betul, yang penting amalkan?