• Putrajaya, Malaysia
  • April 25, 2024

Lepas sahur, mesti ramai yang mengantuk kan? Biasanya menjadi satu kebiasaan untuk ramai orang melelapkan mata sekejap lepas sahur atau subuh ekoran terlalu mengantuk.

Kalau yang jenis tak biasa bangun awal pagi atau bangun sebelum subuh, memang akan terasa liatlah sikit nak bangun sahur ni. Mengadap sahur pun mungkin dalam keadaan mata masih terkatup rapat…hehehe

Lepas bersahur mesti akan sambung balik tidur. Ye tak, ye tak? Tapi ok ke kalau kita tidur lepas sahur ni?

Menurut Doktor Rizal atau lebih dikenali dengan panggilan Doktor Otak, tidur selepas sahur sebenarnya boleh mendatangkan kesan yang kurang elok untuk kesihatan diri.

 

3 Kesan Tidur Selepas Sahur

 

1) Dehidrasi Tubuh dan Otak

Sekiranya kita terus tidur selepas bersahur, air yang kita minum tidak diserap oleh badan, tetapi dibawa terus ke pundi kencing.

 

2) Hilang Nutrisi & Cepat Lapar

Makanan yang dimakan tidak diproses seperti sepatutnya. Sisa menjadi toksid. Nutrisi tidak diserap. Pesta keroncong akan bermula. Perut kita boleh berbunyi minta diisi seawal jam 10 pagi.

 

3) Interaksi Otak & Usus Terganggu

Apabila kita tidur selepas sahur, signal daripada otak ke usus dan sebaliknya akan terganggu. Ia ibarat  lebuhraya tiada kenderaan. Sunyi sepi sahaja.

Kita beria ria sediakan makanan bernutrisi tinggi semasa sahur. Mahu tingkatkan kecergasan dan kecerdasan. Malangnya tidur selepas sahur hapuskan semuanya.

Namun demikian, menurut Doktor Rizal lagi, kalau mengantuk dan perlu tidur, lakukan selepas 4 jam bersahur. Boleh boleh?

 

Lepas ni, mesti nak kene tahan mengantuk tu ye. Kalau tak, sia-sia jer dengan segala macam makanan berkhasiat yang kita makan sewaktu bersahur tu kan.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

(Atau klik terus untuk WhatApps: www.wasap.my/60199377380)

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge