Pernah tak, kalau kita sakit, masa kita pergi jumpa doktor dan tanyakan doktor, boleh tak kita nak makan suplemen, doktor tak benarkan. Malah ada sesetengah daripada doktor yang nampaknya betul-betul kecam dengan suplemen. Nampak benar doktor tu anti suplemen.
Suplemen atau makanan tambahan, adalah sesuatu yang masih kabur dan kurang diterima oleh orang-orang kita.
Kenapa?
(1) Anggap Suplemen Sebagai Pengganti Makanan Bernutrisi
Bukannya sikit yANg beranggapan “Aku tak makan makanan seimbang, so aku kena makan suplemen”.
Suplemen bukan nak ganti makanan. Ingat angkasawan ke? Eh angkasawan pun makan okey. Diorang siap bercucuk tanam dalam kapal angkasa sana.
Suplemen, atau makanan tambahan ni, fungsi dia macam Matematik Tambahan (Add Math). Korang boleh ambik SPM tAPI taknak ambik subjek lain, nak amik Add Math je?
“Saya dah ambik Add Math, tak payah dah la ambik subjek lain”
Atau, Add Math je A+ tapi yang lain semua F, ada hati nak apply masuk UTP? ?
(2) Cari Suplemen Bila Dah Sakit
Suplemen bukan ubat. Memanglah ada orang guna alternatif as natural remedy (ala sama la macam minum air asam jawa bila batuk, etc). Tapi tu kalau sakit-sakit manja. Masalahnya bila dah sakit kronik baru nak makan suplemen.
Hat ni lah datang macam-macam ‘pemakanan penyembuh penyakit blablabla’ ‘teh kencing manis’ dan macam-macam lagi.
Masalahnya bila ada yang tolak rawatan hospital sebab nak minum teh kencing manis,… tau-tau makin teruk. Datang hospital, doktor pun takleh buat apa dah.
Bila doktor tanya “Kenapa pakcik tak datang hospital awal-awal?” jawapannya “Pakcik ikhtiar dengan teh kencing manis dulu…” Mau doktor tak naik angin?
Kalau dalam 10 orang pesakit, 6 yang macam tu, tak ke buat doktor-doktor terus pangkah je suplemen-suplemen ni (benda-benda yang dijual as mujarab untuk macam2-macam penyakit tu categorized as suplemen if not on paper pun, bukan ubat berdaftar).
So Ape Nak Buat?
1- Amalkan suplemen bukan sebab tak jaga makan. Tapi sebab dah jaga makan, aktiviti sihat, etc. Ingat Add Math?
2- Kalau sakit jumpa doktor, dapatkan rawatan… if nak cuba alternatif, tanya pendapat doktor dulu. Lagi-lagi kalau penyakit kronik. Nak makan suplemen pun, ubat jangan tak makan.
Nak makan suplemen jangan makan sebarangan, pilih betul-betul yangg ada kajian, terbukti berkesan (scientifically proven), jangan main ambik testimonial semata coz ramai je yang tipu testi.
Mudah-mudahan apa yang kita amalkan bagi kebaikan kepada kita dan orang-orang sekeliling kita.
Akacan,
iReach TravelPreneur
Nampak kan sebab apa macam ramai jer doktor yang anti suplemen? Bila dah main taram jer nak try suplemen, khasnya kalau yang ada penyakit kronik, memang meranalah badan.
Penyakit yang sepatutnya boleh dikawal serta ada harapan untuk sembuh, mungkin boleh terus mengancam nyawa.
Samalah juga dengan pemakanan toyyib ni. Memang ada makanan sunnah dan toyyib macam madu, kurma dan sebagainya, tapi bagi pesakit kronik seperti pengidap kencing manis, makanan tersebut sudah jadi tidak toyyid dengan keadaan semasa badan mereka. Bila dah sihat nanti, baru jadi toyyib balik.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
(Atau klik terus untuk WhatApps: www.wasap.my/60199377380)
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Apa yang saya faham… suppliment ni sebagai langkah untuk mencegah daripada penyakit… bukan untuk mengubati penyakit seperti ubat…
Sebab tu ada pepatah “lebin baik nencegah daripada mengubati”
anuar recently posted…Peluang Buat Duit Raya Melalui Laman Web Jamumall.com