• Putrajaya, Malaysia
  • April 26, 2024

Mempunyai kadar metabolisma yang tinggi, membolehkan berat badan ideal akan sentiasa terpelihara. Di samping itu, kita akan sentiasa berasa sihat dan produktif.

 

5 Cara Meningkatkan Kadar Metabolisma Tubuh Anda

 

Tingkatkan Metabolisma
Sumber Gambar: Google

 

 Tingkat Metabolisma#1: Mempelbagaikan Sumber Nutrisi Makanan

 

Pilih makanan yang memberi nilai nutrisi terbaik yang pelbagai untuk pengambilan kalori. Makanan yang kaya dengan elemen diet yang membantu metabolisma kita ialah seperti vitamin, mineral, phytonutrients, fiber dan asid lemak Omega-3.

Makanan yang boleh membuka selera makan dan tinggi nutrisi boleh ditambah seperti blueberi, tomato, halia, bawang dan rempah segar.

 

Tingkat Metabolisma#2: Makan Sayur dan Buah Sehingga 9 atau 10 Sajian Sehari

 

Pastikan sentiasa mengambil sayur dan buah di dalam setiap hidangan makanan kita. Pilih sayur dan buah yang mempunyai warna gelap kerana mengandungi anti-inflammatory phytonutrients seperti carotenoids dan flavonoids.

Warna merah pekat dan biru flavonoids adalah dalam kumpulan anthocyanins yang boleh dijumpai di dalam blueberi, ceri dan buah delima.  

 

 

Tingkat Metabolisma#3: Elakkan Pemanis Tiruan

 

Penggunaan perasa dan pemanis tiruan boleh menghalang tubuh daripada menyerap anti-inflammatory phytonutrients yang boleh ditemui di dalam herba, rempah-ratus dan pemanis buah-buahan semulajadi.

Kajian menunjukkan pemanis tiruan boleh mengganggu proses penurunan berat badan. Jadi, elakkan gula tiruan dan gantikan dengan buah, jus buah-buahan dan fruit concentrates untuk kebaikan rasa dan nutrisinya.

Dr. Ludwig (San Antonio Heart Study), mendapati bahawa mengambil minuman bergas setiap hari boleh menyebabkan berat badan semakin bertambah. Melalui kajian beliau iaitu Mutli-Ethnic Study of Atherosclerosis (MESA) Study, mendapati bahawa minuman bergas boleh menyebabkan risiko diabetes dan metabolic syndrome.  

 

 

Tingkat Metabolisma#4: Menikmati Makanan Ringan dan Pencuci Mulut yang Sihat

 

Makanan ringan boleh mengurangkan rasa lapar, manakala pencuci mulut pula akan memberi kepuasan selepas kita menikmati hidangan. Ambil makanan ringan yang enak seperti walnut atau badam rangup, dan pencuci mulut daripada buah-buahan atau yogurt yang pasti memberi kenikmatan kepada kita.  

 

 

Tingkat Metabolisma#5: Kelebihan Minyak Ikan Omega-3

 

Asid Lemak Omega-3 memainkan peranan penting bagi fungsi badan dan otak yang sihat. Omega-3 membantu merawat keradangan sekaligus merangsang aktiviti sel dan mencegah kemurungan/tekakan, gejala Alzheimer (nyanyuk) dan lain-lain kegagalan fungsi badan.

Sumber Omega-3 daripada tumbuhan termasuk ground flax seed, kacang walnut dan kekacang terutamanya navy bean, kidney bean dan kacang soya. Sumber daripada binatang pula termasuk ikan terutamanya ikan laut dalam seperti salmon dan tuna.

Sudah pastilah Omega Guard Shaklee menjadi alternatif terbaik dan termudah untuk mendapatkan sumber Omega-3 yang tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh kita ini.

Dapatkan OmegaGuard Shaklee yang bertaraf farmaseutikal, diperbuat daripada ikan-ikan terpilih yang lebih baik dari hati ikan.

 

Untuk mengetahui khasiat-khasiat lain di dalam Omega Guard, boleh ke entri Kebaikan OmegaGuard Shaklee.

Boleh juga mendapat maklumat tentang Turun 10kg Dalam Sebulan dengan Set Kurus Cinch Shaklee.

 

*******************************************************************************************

NOTA: Setiap keuntungan daripada pembelian produk Shaklee bermula Disember 2013 – Febuari 2014 akan disalurkan ke dalam Tabung Dana Mangsa Banjir. *******************************************************************************************

 

Rujukan:

The Huffington Post

Pill Advised

 

Terima kasih 🙂

 

iR Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019-937 7380

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge