• Putrajaya, Malaysia
  • October 8, 2024

Pada awalnya saya ingin menulis entry tentang produk Shaklee, namun saya batalkan hasrat saya tu. Saya rasa terpanggil dan sedih sangat mengenangkan nasib semua mangsa banjir yang terlibat. Sebagaimana yang kita ketahui, banjir yang sangat dasyat telah melanda Kuantan (Pahang), Kemaman (Terengganu), Kelantan, Johor dan Melaka. Namun, dua tempat yang paling terjejas teruk adalah di Kuantan dan diikuti Kemaman.

Mak dan adik-adik saya memang menetap di Kemaman, tapi kawasan rumah kitaorang Alhamdulillah tak dinaiki air. Namun ramai sangat kenalan serta saudara mara saya yang terlibat dengan banjir kali ni. Mengingatkan keadaan ini, jiwa terasa meronta-ronta ingin membantu. Berikut merupakan beberapa keping gambar keadaan banjir yang amat parah di Kemaman.

Banjir Kemaman 2013

Banjir Kemaman 2013

Banjir Kemaman

Banjir Kemaman 2013

Banjir Kemaman

Banjir Kemaman 2013

Banjir Kemaman

Banjir Kemaman 2013

Banjir Kemaman

Sememang banjir sudah semakin reda. Namun, proses pemulihan banjir tersebut mungkin akan mengambil masa selama berbulan-bulan, malah sehingga bertahun-tahun. Bayangkan, Kampung Mak Chili yang sebahagiannya boleh digelar kawasan elit sebab banyak rumah mewah yang dibina, ditenggelami air sehingga ke paras bumbung.

Dari seorang yang kaya-raya, boleh bertukar sekelip mata menjadi papa-kedana. Bukan sahaja mereka kehilangan harta benda, malah mungkin akan mengalami gangguan emosi serta trauma dengan tragedi banjir yang memang langsung tidak terduga ini.

Tengah tulis entri kali ni pun, saya sambil menangis teresak-esak. Saya sebak. Entah kenapa kali ni jiwa saya tewas.

Dengan itu, bermula dari bulan Disember 2013 sehingga Febuari 2014, saya ingin melancarkan “Tabung Dana Mangsa Banjir”. Buat sesiapa yang mendapatkan produk Shaklee dari saya di dalam tempoh yang dinyatakan tadi, segala keuntungan hasil pembelian akan saya salurkan kepada tabung tersebut.

Begitu juga yang mendaftar ahli dengan saya. 5% akan saya ambil dari yuran keahlian termasuk pembelian barang-barang yang dibuat semasa pendaftaran untuk tujuan yang sama juga. Ni bukan new member perlu tambah duit, tapi saya akan guna duit saya sendiri.

Nak jadi member tu bukan untuk terlibat bisnes jer, yang nak makan sendiri pun sama. Sebab, bila jadi member, bukan sahaja dapat murah, malah bila dah capai point tertentu, tengah bulan seterusnya akan dapat cash back.

Harta kita yang sebenar adalah yang kita kumpul untuk “ke sana” nanti. Yang kat dunia ni akan kita tinggalkan jer, kan?

Note: Terima kasih buat upline dan group member yang sentiasa mengingatkan untuk ke arah kebaikan – besarkan tabung infaq dengan pelbagai cara.

Terima kasih sudi meluangkan masa membaca entri ini  🙂

New-Name-Card

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

4 thoughts on “Sihat dan Berkat; Dana Mangsa Banjir

  1. Dekat mana admin dapat gambar-gambar ni terutamanya gambar daripada udara… Teruk betul keadaan banjir pada kali ini… Harap semua mangsa berada dalam keadaan selamat, dan marilah kita sama-sama berdoa semoga masalah banjir ini dapat segera berakhir…
    Anuar recently posted…Penangan Facebook AdsMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge