• Putrajaya, Malaysia
  • October 8, 2024

Tidak dinafikan yang Intermittent Fasting memang memberi pelbagai kebaikan terhadap kesihatan kita. Ramai yang telah mencapai tahap kesihatan yang lebih baik, dapat turunkan berat badan, hormon kembali stabil, atasi masalah jerawat dan pelbagai lagi isu kesihatan melalui Intermittent Fasting ni. Namun, tahukah anda yang Intermittent Fasting juga boleh mendatangkan keburukan kepada pengamalnya? Jom KIM kongsikan antara 5 Keburukan Intermittent Fasting yang tidak disedari oleh orang ramai.

 

Keburukan Intermittent Fasting #1: Rasa Lapar Yang Keterlaluan

Rasa lapar yang melampau ni biasanya dialami oleh mereka yang baru nak amalkan Intermittent Fasting. Ketika fasting window, walaupun seminima 12 jam, kita hanya boleh minum air kosong sahaja. Kalau nak minum kopi atau teh pun, kena ambil tanpa gula. Kelaparan yang melampau ni boleh berpunca daripada pengambilan makanan terakhir sewaktu eating window yang tinggi dengan gula. 

 

This image has an empty alt attribute; its file name is Intermittent-Fasting-2-600x338.jpg

 

Makanan atau minuman tinggi gula boleh menyebabkan sugar withdrawal ketika berpuasa. Keadaan inilah yang menyebabkan rasa lapar yang keterlaluan kepada pengamal Intermittent Fasting. Sebab  itulah pemilihan makanan yang bernutrisi tinggi termasuklah dari jenis karbohidrat kompleks sangat membantu mengurangkan rasa lapar yang keterlaluan.

 

Keburukan Intermittent Fasting #2: Letih Lesu Dan Kepenatan Melampau

Apabila kita berpuasa sewaktu Intermittent Fasting, pemilihan makanan sepanjang waktu berbuka sangat mempengaruhi prestasi diri kita sepanjang tempoh kita berpuasa. Sewaktu kita berpuasa, badan akan menggunakan segala zat yang kita ambil sewaktu eating window sebelumnya bagi menggantikan zat terdahulu. 

 

This image has an empty alt attribute; its file name is Intermittent-Fasting-1.jpg

 

Sekiranya sewaktu eating window kita mengambil makanan yang tidak berkhasiat seperti makanan segera burger dan pizza, makanan proses seperti sosej, nuget, badan akan mengalami kekurangan nutrisi. Bila nutrisi yang sepatutnya digunakan untuk kelangsungan fungsi tubuh tiada, maka kita akan mengalami rasa letih letu dan penat yang melampau. 

 

Keburukan Intermittent Fasting #3: Sakit Kepala Yang Berat Dan Sesak Nafas

Apabila kita berpuasa ketika melakukan Intermittent Fasting, paras glukosa atau gula dalam darah akan turun secara mendadak. Sedangkan gula merupakan sumber yang sangat diperlukan oleh otak sebagai sumber tenaga untuk berfungsi seperti biasa.

 

This image has an empty alt attribute; its file name is Keburukan-Intermitternt-Fasting-sakit-kepala-600x384.jpg

 

Jadi bagi pengamal Intermittent Fasting terutamanya mereka yang baru memulakannya, sudahlah mereka tidak menjamah makanan atau air manis dalam jangka waktu yang lama, malah ada masanya terlupa untuk minum, badan akan mengalami kekurangan gula yang melampau. Ini menyebabkan darah tidak dapat dipam ke otak.. Keadaan inilah yang menyebabkan sakit kepala yang teruk sekaligus sesak nafas turut boleh berlaku.

 

Keburukan Intermittent Fasting #4: Stress Dan Fikiran Yang Berserabut

Ada dikalangan pengamal Intermittent Fasting yang mengalami rasa stress atau tekanan perasaan ketika melakukan Intermittent Fasting. Jiwa mereka rasa tindak tenteram, terasa ada sahaja yang tidak kena sampai rasa berserabut. Pada pandangan mereka, keadaan ini berlaku akibat mereka teringat atau rindu kepad makanan, tetapi sebaliknya ia diakibatkan oleh perubahan dalam badan.

Khasnya kaum wanita, tubuh mereka memerlukan protein di waktu awal pagi sebagai mood booster. Jadi, apabila badan tidak mendapat sumber protein yang sepatutnya, secara tidak langsung ianya boleh mempengaruhi mood harian mereka. Jadi jangan hairanlah kalau kaum wanita mudah terasa, moody atau selalu rasa stress.

Bagi mengatasi masalah ini, salah satu caranya adalah adjust waktu makan (eating window) semasa melaksanakan Intermittent Fasting. Bagi yang baru bermula dengan 12 jam puasa, boleh mula berhenti makan pada jam 8 malam supaya dah boleh ambil sarapan pada jam 8 pagi. Mesti kaum wanita lebih tenang dan kurang cranky dah dengan bekalan protein sihat di awal pagi:)

 

Keburukan Intermittent Fasting #5: Metabolisma Badan Merudum

Sebahagian besar yang melakukan Intermittent Fasting kerana ingin menurunkan berat badan. Namun demikian, tidak semua berjaya mencapai berat badan idaman. Salah satu punca berlakunya keadaan ni kerana metabolisma badan jatuh merudum semasa melakukan Intermittent Fasting. 

Kadar metabolisma merudum berpunca daripada pengambilan kalori yang tidak mencukupi sewaktu window eating. Biasanya orang yang melakukan Intermittent Fasting akan berasa mudah kenyang (salah satu kebaikan Intermittent Fasting). Bila metabolisma turun, pembakaran kalori turut terjejas. Sebab tu berat masih tidak turun.

Jadi, kita perlu pastikan pengambilan makanan yang cukup kalori dengan mengutamakan protein dan lemak sihat. Elak atau kurangkan pengambilan makanan yang berminyak dan bergoreng.

 

Apa Itu Autophagy?

Autophagy merupakan  proses semulajadi tubuh yang berlaku semasa kita berpuasa. Sewaktu tubuh telah mencapai tahap autophagytubuh mula buang toksin dan mula membina sel baru pada organ-organ seperti buah pinggang, hati, jantung, otak dan sebagainya. Senang faham, autophagy ni seperti proses kitar semula sel. Sel yang lama jadi baru, yang rosal pula diperbaiki. Autophagy  dikaitkan dengan keboleh upayaan tubuh untulk pulih setelah terkena pelbagai jenis penyakit termasuklah penyekit kritikal seperti jantung dan kanser.

 

Berapa Lama Tempoh Berpuasa Untuk Capai Autophagy?

Tubuh akan mula melalui fasa autophagy apabila kita memasuki jam ke-18 berpuasa. Apabila mencecah 72 jam berpuasa, tubuh akan lebih laju menjalankan proses autophagy ini ialatu meningkat kepada 300%.

 

Kaitan Puasa Ramadan Dan Proses Autophagy

Puasa Ramadan sememangnya dapat membantu badan mencapai tahap Authophagy  dengan berkesan walaupun kita tidaklah berpuasa sehingga 72 jam. Syaratnya adalah memastikan kualiti makanan yang diambil dengan memberikan nutrisi paling padu kepada tubuh iaitu dengan pengambilan supplement premium terbaik, Vivix. Vivix memang terbukti berkesan mempercepatkan proses autophagy

 

This image has an empty alt attribute; its file name is 5-Keburukan-intermittent-fasting-atasi-dengan-vivix-360x400.jpg

 

Antara kandungan utama Vivix adalah resveratrol. Kajian mendapati resveratrol sangat berfungsi dalam mencetuskan autophagy di dalam badan. Dalam kajian yang berlaianan juga mendapati apabila amalan berpuasa yang bergabung dengan pengambilan supplement resveratrol, ia sangat bermanfaat dalam mencetuskan autophagy.  

 

Cadangan Pengambilan Vivix Pada Bulan Ramadan

Cara 1: Ambil 1 sudu Vivix sebagai makanan pertama berbuka

Pengambilan Vivix sebagai makanan pertama ketika berbuka akan memberikan kesan penyerapan terbaik dan optimum resveratrol ke dalam sel. Ini akan membantu proses baik pulih sel ketika memasuki fasa autophagy.

 

Cara 2: Ambil 1 sudu Vivix ketika bersahur

Pengambilan Vivix semasa bersahur akan membantu menyokong tubuh untuk mengekalkan tenaga sepanjang masa berpuasa dan mempercepatkan proses autophagy  bermula.

 

Lakukan Intermittent Fasting Dan Puasa Dengan Ilmu

Umum memang kita ketahui yang puasa dan intermittent fasting khasnya sangat banyak manfaatnya kepada kesihatan. Namun, amalkanlah intermittent fasting dengan ilmu. Bila beramal dengan ilmu, insyaAllah kita akan dapat hasil yang sepatutnya. Apabila sesuatu amalan tu adalah ikutan semata-mata, ianya berkemungkinan besar boleh memudaratkan kesihatan sendiri pula.

Berpuasa memang sangat bagus untuk kesihatan, malah dengan cara yang betul, boleh mencapai tahap autophagy iaitu kitar semula sel dengan sokongan supplement Vivix tadi. Bila badan dan bersih dan mempunyai tahap kesihatan yang baik, janganlah biarkan lambakan toksin kembali memenuhi tubuh kita. Pastikan amalkan gaya hidup sihat terutamanya memastikan pengambilan makanan yang tinggi nutrisi. Tingkatkan kecergasan diri, jaga hubungan dengan Allah dan sesama manusis serta pastikan kawal stress kita.

Pastikan ambil supplement terbaik kalau nak buat intermittent fasting dan berpuasa. Makanan harian yang kita ambil belum dapat menampung keperluan nutrisi yang badan perlukan. Vitamin, mineral, lemak sihat, protein dan sebagainya daripada makanan yang diambil tidak dapat diserap 100%. 

Kalau target kurus dengan berpuasa atau intermittent fasting, kita nak kurus secara sihat. Tak mahulah badan kurus tapi nampak macam orang sakit, kulit kusam, muka pucat, keletihan melampau atau nampak lagi berusia. Naklah jadi kurus tapi jelita, kacak dan awet muda kan? Kalau pun tua, biarlah aging gracefully gitu, ye tak?

 

Sharing Is Caring,

Naimah Wahab (KIM) – SID: 1001144

019-9377380

https://bit.ly/TanyaKIM

#KIMLegacy #KIMThrive #iReachX5 #peluangjanapendapatan #peluangbisnes #projekmegablog #shakleethrive23 #shakleethriumph23 #pengedarshakleejenderam #pengedarshakleedengkil #pengedarshakleeputrajaya #pengedarshakleeselangor #pengedarshakleeseluruhmalaysia #shakleereadystock #tipssihat #tipskurus #tipskurussihat #vitaminsemulajadi #kesihatanmenyeluruh

Website – www.myliferia.my
YouTube – https://youtube.com/@myliferia2394
Page – https://bit.ly/40EWHlf
TT – tiktok.com/@naimahwahab
IG – https://www.instagram.com/naimahwahab/
Tweeter – https://bit.ly/3Yx3fR9

 

 

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge