• Putrajaya, Malaysia
  • April 25, 2024

Waktu sahur ni selalunya kita akan rasa kurang berselera nak makan. Kalau boleh nak makan yang mudah dan simple jer. Memandangkan sahur sangat dituntut dalam agama dan bakal menentukan prestasi harian kita, jadi penting sangat apa yang kita ambil semasa sahur. Jom KIM kongsikan tentang Idea Menu Sahur Sihat Dengan overnight oats.

 

Makanan Sesuai Untuk Sahur

Sebelum KIM share tentang Idea Menu Sahur Sihat, jom KIM kongsikan serba sedikit info tentang makanan yang sesuai diambil ketika bersahur.

Menu sahur yang disarankan adalah bersifar sederhana, jangan terlalu berat dan yang paling penting boleh mengekalkan tenaga serta mengurangkan rasa lapar. Bonus kalau menu sahur kita dapat disediakan dengan pantas dan mudah.

Menu sahur yang ringkas tetapi tinggi nutrisi yang boleh diambil ialah yang lambat dihadamkan dan merupakan karbohidrat kompleks. Di antaranya ialah oat, beras perang, barli, muesli, kekacang, roti wholemeal atau wholegrain dan sayur-sayuran.

 

This image has an empty alt attribute; its file name is Idea-Menu-Sahur-Sihat-Overnight-Oats-karbohidrat-komplex-vs-karbohidrat-simple-397x400.jpg

 

Makanan lain yang tinggi khasiat serta mudah disediakan juga ialah telur, avocado, ikan, buah epal dan kurma.

 

Idea Menu Sahur Sihat Dan  Mudah  Dengan Variasikan Overnight Oats

Overnight oats ni antara idea menu sahur sihat yang paling praktikal kerana boleh disediakan pada waktu malam sebelum bersahur. Jadi sangat menjimatkan masa kerana tak perlu buat sebarang preparation sewaktu nak bersahur. Hanya buka peti sejuk, makan jer. Kalau kebetulan terlambat bangun sahur pun takdelah nak murung bucu katil kan….hihihi

Resipi overnight oats yang KIM nak kongsikan ni adalah secara general. KIM akan senaraikan bahagian-bahagian utama dalam overnight oats ni. Nanti boleh disesuaikan ikut selera masing-masing ya. Asas (base) bagi overnight oats ni mestilah rolled oats. Jangan guna instants oat tau. Nanti jadi terlalu lembik dan rasa tak sedap.

Kemudian akan dimasukkan cecair seperti susu. Boleh jer nak guna susu segar, full cream atau low fat. Kalau KIM lebih suka pilih susu segar. Nak gantikan dengan susu badam (almond) pun boleh atau sebarang air yang sihat dan bersesuaian.

 

Untuk topping  boleh masukkan buah-buahan. Untuk buah-buahan, paling best kalau kita campurkan dengan buah yang ada sedikit rasa masam seperti strawberi, blueberi, anggur, kiwi dan ceri. Nak guna buah naga, pisang dan buah mangga manis pun sedap. Boleh juga kalau nak guna frozen fruits.

Sekiranya sukakan bijirin dan kekacang, boleh tambah badam, biji bunga matahari, biji kuaci, hazelnut dan sebagainya. Buah kering seperti kismis dan kurma pun boleh juga dimasukkan. Boleh tambah chia seed untuk khasiat berganda.

Untuk rasa lebih berkrim tambah yogurt. Boleh guna greek yogurt untuk pilihan lebih sihat. Nak guna mentega kacang pun boleh ikut kesesuaian.

Untuk tambah sedikit rasa manis, boleh guna madu atau maple syrup.

Ok, jom KIM kongsikan satu contoh resepi overnight oats iaitu Overnight Oats With Kiwi, Banana and Nuts.

 

This image has an empty alt attribute; its file name is Idea-Menu-Sahur-Sihat-Overnight-Oats-600x400.jpeg

 

Bahan-bahan

4-5 sudu besar rolled oats

100ml susu segar/susu badam 

1 sudu kecil hershey choc syrup/madu/maple syrup

1 sudu kecil chia seeds

7-9 biji kismis (bilangan ganjil mengikut sunnah)

1 sudu besar badam/hazelnut

1 sudu besar kuaci biji labu (pumpkin seed) / biji bunga matahari

1 sudu besar greek yogurt

1/2 biji buah kiwi

Suku biji hirisan pisang

Nota: Untuk kesan khasiat dan nutrisi berganda, boleh tambah 1 sudu makan ESP dan 1 sudu makan Cinch Shake Chocolate / Cafe Latte / Vanilla ke dalam campuran overnight oats tadi.

 

Cara Menyediakan:

Masukkan semua bahan dalam bekas. Kacau rata. Kalau nak kesan presentation yang lebih sensasi dan cantik, tabur sedikit kekacang dan buah-buahan dibahagian paling atas campuran rolled oats tadi.

Sejukkan dalam peti sejuk minimum 4 jam. Tapi Kalau nak lebih sedap, biarkan semalaman. Overnight oat ni masih sedap dimakan dalam masa lima hari.

 

Ni contoh satu jenis jer resepi overnight oats tau, boleh pelbagaikan lagi resepi overnight oats yang menarik dan ikut selera kita. Nanti try dan share hasilnya tau.

 

Tapi, tahu tak ada satu menu sahur yang sangat mudah dan cepat untuk disediakan? Paling best tu sebab ianya sangat tinggi khasiat. Lengkap keperluan harian nutrisi yang diperlukan oleh tubuh kita. Mestilah tak lain dan tak bukan Set Puasa Shaklee. Tak sempat masak, shake shake jer. Minum, siap. Alhamdulillah. Selamat bersahur 🙂

 

Sharing Is Caring,

Naimah Wahab (KIM) – SID: 1001144

019-9377380

https://bit.ly/TanyaKIM

#KIMLegacy #KIMThrive #iReachX5 #peluangjanapendapatan #peluangbisnes #projekmegablog #shakleethrive23 #shakleethriumph23 #pengedarshakleejenderam #pengedarshakleedengkil #pengedarshakleeputrajaya #pengedarshakleeselangor #pengedarshakleeseluruhmalaysia #shakleereadystock #tipssihat #tipskurus #tipskurussihat #vitaminsemulajadi

Website – www.myliferia.my
YouTube – https://youtube.com/@myliferia2394
Page – https://bit.ly/40EWHlf
TT – tiktok.com/@naimahwahab
IG – https://www.instagram.com/naimahwahab/
Tweeter – https://bit.ly/3Yx3fR9

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge