• Putrajaya, Malaysia
  • December 10, 2024

Manfaat bijirin penuh terhadap kesihatan telah dikenalpasti seawal kurun ke-4 lagi. Penyelidikan terkini mengenai potensi bijirin penuh dan kaitannya terhadap kesihatan telah menunjukkan bahawa makanan ini mempunyai pelbagai manfaat kesihatan dan boleh menurunkan risiko beberapa penyakit kronik.

 

Khasiat &Manfaat Bijirin Penuh Terhadap Risiko Masalah Kesihatan Kronik

 

 

 

Khasiat bijirin penuh untuk kesihatan - kesihatan kolon - usus besar

 

1) Kesihatan Usus

Makanan bijirin penuh tinggi dengan serat. Serat dapat membantu sistem penghadaman dengan melancarkan pergerakan najis. Oleh sebab itulah kita lebih senang membuang air besar dan dapat mengelakkan masalah sembelit.

Ia juga dikaitkan dengan penurunan risiko untuk mendapat kanser usus besar (kolon) dan radang usus.

Sesetengah serat di dalam bijirin penuh (seperti oligofruktosa dan inulin) boleh bertindak sebagai prebiotik.

Ia boleh menggalakkan pembiakan bakteria bermanfaat di dalam usus dan mengurangkan kadar bakteria perosak untuk memelihara kesihatan usus kita.

Pastikan juga mengambil air kosong dengan secukupnya kerana serat akan menyerap lebih banyak air.

 

 

Khasiat bijirin penuh untuk kesihatan - kanser

 

2) Kanser

Kajian terkini menunjukkan bahawa, dengan pengambilan bijirin penuh yang tinggi boleh membantu mengurangkan risiko sesetengah jenis kanser.

Aktiviti antioksidan yang tinggi serta kesan perlindungan daripada fitokimia, Vitamin E, mineral dan serat yang tinggi di dalam bijirin penuh memainkan peranan yang penting mencegah kanser tersebut.

 

 

 

Faktor Penyumbang Kepada Penyakit Diabetis Jenis 2
Faktor Penyumbang Kepada Penyakit Diabetis Jenis 2

 

3) Diabetis Jenis 2

Kajian juga menunjukkan bahawa risiko penyakit diabetes jenis 2 dapat dikurangkan dengan pengambilan bijirin penuh secara kerap.

Kesan ini mungkin disebabkan oleh kehadiran serat yang membantu dalam pengurusan berat badan, iaitu aspek penting dalam mengawal penyakit diabetis.

Tambahan pula, serat juga diketahui dapat membantu mengawal glukosa darah bagi pesakit diabetis.

 

 

 

Khasiat bijirin penuh untuk kesihatan - kesihatan jantung - kardiovaskular

 

4) Penyakit Kardiovaskular

Banyak kajian menunjukkan bahawa pengambilan bijirin penuh secara konsisten dapat menjadi penyumbang kepada menurunkan risiko penyakit jantung.

Hal ini berkemungkinan besar disebabkan oleh kehadiran pelbagai jenis komponen di dalam bijirin penuh terutamanya serat dan fitokimia.

 

 

 

Manfaat bijirn penuh untuk kesihatan menyeluruh

 

5) Pengurusan Berat Badan

Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan bijirin penuh boleh menurunkan risiko obesiti dan pertambahan berat badan.

Serat di dalam bijirin penuh membantu memberikan rasa kenyang, dan seterusnya mengurangkan kuantiti makanan yang dimakan serta mengelakkan kita daripada makan secara berlebihan.

 

Sebab itulah bijirin penuh ni dikatakan boleh membantu mengekalkan kesihatan secara keseluruhan. Oleh yang sedemikian, ia perlu diamalkan sebagai sebahagian daripada cara hidup yang sihat.

Ini termasuklah makan secara seimbang dan mengambil pelbagai jenis makanan, elakkan merokok dan meminum alkohol secara berlebihan (bukan muslim), makan secara sederhana serta melakukan aktiviti fizikal atau bersenam setiap hari.

Sangatlah disarankan agar ibu bapa turut menerapkan kepentingan memilih makanan sihat termasuk bijirin penuh kepada anak-anak kecil agar ianya menjadi amalan mereka sepanjang hidup. Makanan berkhasiat akan membantu perkembangan otak yang cergas dan genius.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge