Life style atau amalan gaya hidup seseorang selalunya akan mempengaruhi hampir keseluruhan corak kehidupan, pemakanan, perangai serta tingkah laku dan gaya berfikir serta tindakan mereka dalam diri, keluarga dan masyarakat. Jadi kalau kita nak kehidupan yang sihat, maka kita perlulah mengamalkan amalan gaya hidup sihat. Jom KIM kongsikan lima tips amalan gaya hidup sihat paling simple dan boleh diikuti oleh semua.
Amalan Gaya Hidup Sihat#1: Pemilihan Makanan dan Minuman Seharian
Pemilihan makanan dan minuman menjadi elemen paling penting dalam kehidupan kita sehari-harian. Pastikan untuk mengambil makanan seimbang yang tinggi nutrisi. Pastikan juga mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan segar, sumber protein yang baik, pelbagai jenis bijirin, sumber minyak dan lemak sihat dan air kosong yang mencukupi.
Lebihkan cara penyediaan makanan dengan mengukus, merebus dan memanggang. Jika memanggang, pastikan tidak memakan bahagian yang hangus kerana tidak bagus untuk kesihatan. Kawal dan kurangkan pengambilan makanan proses, segera serta tinggi garam, gula, bahan-bahan tambahan sintetik. Begitu juga dengan pengambilan air. Lebihkan pengambilan air kosong. Kawal dan kurangkan pengambilan air yang tinggi gula, perisa, pewarna tambahan dan yang berkaitan.
Selain daripada memastikan makanan dan minuman seharian kita adalah baik dan sihat, pengambilan supplements juga sangat digalakkan. Tambahan lagi sekiranya kita kurang mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran. Badan kita memerlukan makronutrien (Protein, Karbohidrat dan Lemak) dan mikronutrien (vitamin dan mineral) untuk berfungsi secara optimum. Kita tidak boleh menjamin yang badan kita mendapat cukup zat daripada makanan yang kita ambil setiap hari.
Selain daripada itu, cara penyediaan makanan tersebut sering menyebabkan sebahagian besar zatnya hilang semasa proses penyediaannya. Kat sinilah kepentingan pengambilan suppplements bagi menampung kelompongan nutrisi seharian kita. Tapi pastikan pilih dengan teliti supplements terbaik kerana terlalu banyak supplements yang mempunyai bahan-bahan sintetik tambahan di pasaran.
Amalan Gaya Hidup Sihat#2: Aktiviti Fizikal
Untuk jadi lebih sihat, nak tak nak kita perlu lakukan aktiviti fizikal. Bukanlah wajib bersenam secara proper, nak mudah faham, kita ni sentiasa bergerak. Kalau buat aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh lagi bagus. Kalau kita ada rutin senaman harian atau mingguan pun, sangat digalakkan. Sebagaimana yang kita tahu, senaman ni mempunyai banyak sangat kebaikan. Bukan sahaja bantu kita kawal berat badan, tapi senaman ni bantu kita untuk kuatkan jantung, otot, tulang serta sendi, mencantikkan kulit malah boleh menghilangkan stress.
Pilih jenis aktiviti fizikal dan senaman yang bersesuaian dengan diri kita. Kalau yang menyeronokkan tu lagi bagus sebab senaman atau aktiviti fizikal tersebut buatkan kita rasa enjoy dan tidak terbeban. Jika ingin memulakan rutin senaman yang kita tidak biasa, pastikan dimulai dengan kadar yang paling minima. Setelah badan kita boleh adapt atau terima senaman tersebut, tingkatkan kuantiti serta masa dan bebanan senaman. Dapatkan nasihat mereka yang lebih arif. Barulah kita sihat dan selamat daripada kecederaan.
Amalan Gaya Hidup Sihat#3: Kawal Tekanan
Tekanan atau stress mula merajai ranking kes penderaan, pembunuhan, masalah mental dan pelbagai isu sosial masyarakat kita pada masa ini. Stress ni berlaku disebabkan oleh pelbagai punca. Antaranya masalah kewangan, isu penceraian, pengabaian, buli dan sebagainya. Sebenarnya sedikit tekanan kita perlukan dalam hidup agar ia boleh menjadi push factor kejayaan kita. Namun, tekanan tersebut perlulah dikawal agar ianya tidak merosakkan diri sendiri dan orang lain.
Tahukah anda yang kekurangan nutrisi juga menyebabkan boleh berlaku tekanan di luar kawalan? Kat sinilah pentingnya pengambilan Supplements Anti Stress bagi memastikan kehidupan seharian kita berjalan lancar.
Amalan Gaya Hidup Sihat#4: Hindari Dari Aktiviti Negatif
Janganlah sesekali kita menjerumuskan diri ke kancah kehancuran. Jangan kita dekati perkara-parkara negatif yang bukan sahaja boleh merosakkan diri, malah masa depan dan nama baik keluarga kita. Antara aktiviti negatif yang mudah mempengaruhi diri seseorang termasuklah pengambilan alkohol, dadah dan merokok sehingga menyebabkan ketagihan, pil-pil perangsang, gaya hidup bebas dan juga amalan ajaran sesat.
Alkohol, dadah dan merokok boleh menjejaskan kesihatan kerana menjadi punca pelbagai penyakit kronik. Pelbagai komplikasi yang menyebabkan kegagalan fungsi organ utama dalam badan boleh menjadi punca kematian seseorang. Ketagihan juga boleh menyebabkan seseorang tu hilang pertimbangan dan mengambil tindakan di luar batasan seperti mencederakan, malah membunuh orang lain.
Pil-pil perangsang dan pergaulan bebas pula boleh menyebabkan masalah sosial yang lain seperti kelahiran anak-anak luar nikah dan jenayah pembuangan dan pengabaian bayi. Selain daripada itu, peningkatan kes-kes penyakit HIV serta penyakit kelamin seperti sifilis, klamidia, gonore, chancroid, kutil kelamin dan herpes genital akan berlaku.
Ingatlah, apabila seseorang itu terjebak dengan aktiviti negatif, dia bukan sahaja menyusahkan diri sendiri, malah orang-orang yang hampir dengannya terutamanya keluarganya akan terseret sama. Jadi, sentiasa berwaspada dan peka dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Pilih circle yang positif kerana mereka akan mempengaruhi fikiran dan tindakan kita.
Amalan Gaya Hidup Sihat#5: Jaga Hubungan Dengan Tuhan Dan Makhluk
Bunyinya seakan tazkirah tapi itulah hakikatnya. Apabila kita meletakkan kepercayaan, pengharapan dan pergantungan hanya kepada Allah, kita sudah tidak memerlukan makhluk sebagai penentu masa hadapan kita. Apabila kita sedih, jatuh, rebah, terluka dan berada pada titik kehidupan yang paling rendah kita mengadu kepada-Nya, inshaaAllah Dia pasti kurniakan jalan keluar dan memberi kekuatan kepada kita. Di kala kita gembira, bahagia, menerima kurnia yang hebat, kita sentiasa bersyukur. jadi kita tidak lalai dengan anugerah dan rezeki yang diberikan.
Sebagai manusia juga, kita perlu menunaikan hak-hak manusia yang lain. Sebagai jiran contohnya, kita perlu menjaga hak-hak jiran. Tolong mereka apabila mereka memerlukan pertolongan, tidak mengambil hak jiran seperti ambil parking kawasan rumah jiran dan sentiasa menjaga keharmonian bersama. Apabila kita mempunyai hubungan yang erat, kita sendiri akan menjadi lebih aman dan tenteram jiwa kena kita berada dalam lingkungan masyarakat yang boleh dipercayai dan saling menyokong antara satu sama lain.
Kesimpulannya, untuk memastikan amalan gaya hidup sihat ni diamalkan oleh keluarga kita, kita sendirilah terlebih dahulu perlu mengamalkannya. Apabila ianya diterapkan dalam keluarga, secara tidak langsung ia akan berkembang kepada masyarakat. Apabila masyarakat mula mempunyai kesedaran untuk mengamalkan gaya hidup sihat, ia akan melahirkan negara yang mempunyai rakyat yang sihat sejahtera secara keseluruhannya.
Sharing Is Caring,
Naimah Wahab (KIM) – SID: 1001144
019-9377380
#KIMLegacy #KIMThrive #iReachX5 #peluangjanapendapatan #peluangbisnes #NextLevelBlogging #projekmegablog #shakleethrive23 #shakleethriumph23 #pengedarshakleejenderam #pengedarshakleedengkil #pengedarshakleeputrajaya #pengedarshakleeselangor #pengedarshakleeseluruhmalaysia #shakleereadystock #tipssihat #tipskurus #tipskurussihat #vitaminsemulajadi #kesihatanmenyeluruh
Website – www.myliferia.my
YouTube – https://youtube.com/@myliferia2394
Page – https://bit.ly/40EWHlf
TT – tiktok.com/@naimahwahab
IG – https://www.instagram.com/naimahwahab/
Tweeter – https://bit.ly/3Yx3fR9
Join Ahli Shaklee – Daftar Sendiri