Anda berusia 30 tahun ke atas? Anda mempunyai tompok-tompok halus atau besar di wajah anda? Tahukah anda apa yang telah menyerang kulit wajah anda tersebut? Berkemungkinan besar anda sedang menghadapi masalah jeragat. Jeragat ni walaupun tidak menyakitkan tetapi kehadiran jeragat agak merimaskan. Pelbagai petua hilangkan jeragat telah dikongsikan kerana masalah ini sentiasa wujud dan agak mencabar untuk diatasi.
Apa Itu Jeragat?
Jeragat merupakn tompok-tompok kecel yang memenuhi bahagian muka kita seperti hidung, pipi, dahi dan kawasan sekitar mulut. Tompokan jeragat selalunya akan berwarna lebih gelap berbanding kulit asal kita. Keadaan ini menyebabkan tona kulit kita kelihatan tidak sekata. Selalunya orang yang berkulit agak cerah, tompok jeragat akan berwarna coklat, manakala orang yang berkulit gelap pula, tompokan jeragat akan berwarna hitam.
Biasanya tompok jeragat ini bermula dengan taburan tompokan yang kecil dan halus. Namun demikian, ada kalanya saiz tompok jeragat yang kecil ini akan lama-kelamaan membesar. Seterusnya akan bercantum dengan tompok jeragat yang lain yang mana akhirnya akan memenuhi ruang di wajah kita.
Bagaimana Jeragat Boleh Terbentuk?
Terdapat sejenis sel yang dikenali sebagai melanocytes dalam lapisan kulit kita yang bertindak menghasilkan melanin. Tindak balas ini berlaku ekoran dipengaruhi sepenuhnya oleh sinaran ultraviolet (UV) dari cahaya matahari. Semakin lama dan banyak kulit kita terdedah kepada sinaran UV, semakin tinggi penghasilan melanin oleh melanocytes. Melanin akan bertindak melindungi sel kulit kita daripada bahaya sinar UV bagi mencegah berlakunya kerosakan pada sel kulit kita.
Sekiranya kulit kita tidak dilindungi dari sinaran UV seperti dengan penggunaan UV protection SPF-50, sel melanocytes akan menjadi terlalu aktif. Maka, kulit kita akan mendapat lebih banyak pigmen melanin sekaligus menyebabkan sel kulit mudah berjeragat. Semakin tinggi jumlah melanin pada kawasan kulit kita, semakin gelaplah kawasan kulit tersebut (pembentukan jeragat).
Selain daripada pendedahan terhadap sinaran UV, perubahan hormon, bahan kimia berbahaya dan pemakanan turut menjadi penyebab masalah jeragat ini.
Petua Hilangkan Jeragat Dengan Mudah
1. Hilangkan Jeragat Dengan Baking Soda
Baking soda atau soda penaik yang selalu digunakan dalam dunia baking sebenarnya sangat baik untuk pengelupasan lembut minyak, kotoran dan sel-sel kulit mati dari kulit. Baking soda juga membantu dalam mengekalkan keseimbangan kulit. Caranya sangat mudah, campurkan sedikit air ke dalam satu sudu teh baking soda sehingga menjadi pes yang tebal.
Sapukan pada kawasan berjeragat. Biarkan beberapa minit. Kemudian cuci sehingga bersih. Cara ni boleh diamalkan tiga ke empat kali seminggu sehingga mendapat hasil yang memuaskan hati kita.
2. Hilangkan Jeragat Dengan Oatmeal
Oatmeal ni bukan sahaja terkenal sebagai makanan sihat tetapi ia juga bertindak sebagai agen pengelupasan semulajadi untuk membantu menghilangkan kulit mati dan kotoran yang terkumpul. Selain itu, oatmeal juga berfungsi menyerap minyak berlebihan dan membuka liang roma kulit.
Caranya, campurkan satu sudu setiap madu dan jus lemon, dua sudu yogurt dan empat sudu besar serbuk oat. Kita boleh juga tambah satu sudu cuka epal cider. Lembabkan kulit terlebih dahulu, kemudian sapukan pes ini pada muka. Biarkan selama 20 minit sebelum membilasnya dengan bersih.
Selain daripada itu, sebagai alternatif lain, letakkan serbuk pes oatmeal yang dicampurkan air pada seluruh wajah. Biarkan 10 minit, kemudian boleh digosok pada muka sebagai scrub wajah.
3. Hilangkan Jeragat Dengan Jus Lemon
Lemon sangat kaya dengan asid alphahydroxy yang bertindak menggelupaskan kulit serta memudahkan pertumbuhan semula sel kulit baru. Jus lemon juga membantu menghilangkan minyak yang berlebihan kerana bersifat astringen.
Caranya, celupkan bebola kapas ke dalam jus lemon dan letakkan jus lemon tersebut pada wajah kita. Biarkan lebih kurang 15 ke 20 minit. Kemudian, cuci dan bilas wajah dengan air sejuk. Ulangi langkah tersebut setiap kali sebelum tidur. Amalkan untuk sekurang-kurangnya beberapa bulan.
4. Hilangkan Jeragat Dengan Mencuci Dengan Cuka Epal Cider
Sebagaimana jus lemon, cuka epal cider juga bertindak seperti astringen yang berfungsi mengeluarkan minyak berlebihan daripada kulit. Cuka epal cider juga mempunyai ciri-ciri antiseptik dan anti-bakteria yang dapat membantu melawan jerawat.
Caranya, campurkan satu sudu cuka epal cider dalam satu cawan air. Letakkan pada muka dengan menggunakan bebola kapas. Biarkan selama lebih kurang 10 minit. Seterusnya bilas dengan air suam sehingga bersih.
Kalau nak mudah, amalkan jer Set Pencuci Muka Youth. Untuk mengatasi masalah jeragat, paling disyorkan ambil Full Starter Set.
5. Hilangkan Jeragat Dengan Jaga Pemakanan
Sangat penting untuk kita dapatkan khasiat terbaik melalui penyediaan makanan seimbang yang mempunyai nutrisi lengap. Kurang dan kawal makanan yang tinggi minyak. Pastikan hidangan harian kita mengandungi gabungan protein, karbohidrat dan lemak sihat, vitamin, mineral, serat serta cuku air kosong.
Pengambilan makanan tambahan Vitamin A, Vitamin B12, Vitamin C, Vitamin E dan GLA Complex dan antioksidan (ResV dan Vivix) juga sangat penting dalam membantu kita mencegah dan merawat jeragat. Kalau nak try supplements terbaik ni, boleh hubungi KIM ya.
Sharing Is Caring,
Naimah Wahab (KIM) – SID: 1001144
019-9377380
#KIMLegacy #KIMThrive #iReachX5 #peluangjanapendapatan #peluangbisnes #NextLevelBlogging #projekmegablog #shakleethrive23 #shakleethriumph23 #pengedarshakleejenderam #pengedarshakleedengkil #pengedarshakleeputrajaya #pengedarshakleeselangor #pengedarshakleeseluruhmalaysia #shakleereadystock #tipssihat #tipskurus #tipskurussihat #vitaminsemulajadi #kesihatanmenyeluruh
Website – www.myliferia.my
YouTube – https://youtube.com/@myliferia2394
Page – https://bit.ly/40EWHlf
TT – tiktok.com/@naimahwahab
IG – https://www.instagram.com/naimahwahab/
Tweeter – https://bit.ly/3Yx3fR9
Join Ahli Shaklee – Daftar Sendiri
0 thoughts on “Petua Hilangkan Jeragat Mesti Cuba”