• Putrajaya, Malaysia
  • October 8, 2024

Pelbagai simptom yang telah dikenalpasti bagi ibu hamil yang mendapat jangkitan kuman di dalam air kencing atau lebih dikenali sebagai kencing kotor. Tindakan yang perlu diambil oleh para ibu yang terlibat ialah segera merawat masalah tersebut.

 

Langkah-langkah Yang Perlu Diambil Jika Ibu Hamil Mengalami Kencing Kotor

a) Sekiranya Masalah Kencing Kotor Pada Tahap Teruk/Kritikal

Sekiranya para ibu hamil telah mendapati diri mengalami masalah kencing kotor yang agak serius atau kronik, bertindaklah segera dengan berjumpa dengan doktor atau pakar kesihatan wanita.

Rawatan segera perlu diambil bagi mengelakkan risiko kesihatan pada ibu sendiri dan juga bayi dalam kandungan.

 

b) Sekiranya Masalah Kencing Kotor Pada Peringkat Permulaan

1) Tidak Menahan Kencing

Jangan menahan diri daripada membuang air kecil kerana tindakan ini akan menggalakkan lagi pembiakan kuman

 

 

cara rawat masalah kencing kotor ibu hamil

 

2) Banyakkan Minum Air Kosong

Minum air kosong yang banyak setiap hari sehingga urin (air kencing) bertukar menjadi warna jernih.

 

3) Kebersihan Diri

Amalkan kebersihan dalam penjagaan diri; membasuh dan mengelap kemaluan dari depan ke belakang, bukan sebaliknya.

Pastikan juga menukar tuala wanita dan tampon dengan kerap jika menggunakannya.

 

 

cara rawat masalah kencing kotor ibu hamil2

 

4) Jus Cranberry

Jus cranberry boleh didapati di farmasi. Namun, mungkin mengambil sedikit masa untuk menghilangkan masalah kencing kotor.

 

5) Antibiotik

Biasanya doktor akan bekalkan antibiotik untuk 5 hari. Pastikan antibiotik tersebut dihabiskan sebagaimana arahan yang ditetapkan.

 

6) Awasi Aktiviti Fizikal

Tidak melakukan aktiviti fizikal dalam tempoh terlalu lama seperti menunggang kuda, berbasikal, bermotosikal dan mengembara.

 

cara rawat masalah kencing kotor ibu hamil1

 

7) Pakaian

Pakai pakaian dalam daripada kapas dan pakaian hendaklah longgar. Elakkan pakaian ketat dan material nilon kerana ia menyerap haba dan kelembapan.

 

8) Awasi Aktiviti Sewaktu Mandi

Elakkan daripada mandian berbuih, sabun wangi, pencuci wanita, deodorant, tampon dan napkin.

Selain itu, mandi daripada air pancuran dan bukannya dari kolam mandi.

 

 

simptom kencing kotor

 

9) Mengamalkan Garlic Complex Shaklee Bagi Mengatasi Kencing Kotor

Garlic Complex yang dihasilkan daripada ekstrak bawang putih memang terkenal sebagai bahan antibiotik semulajadi. Ia membantu mengurangkan gejala kencing kotor serta menghalangnya menjadi bertambah teruk.

Ini kerana, bawang putih sangat terkenal sebagai bahan anti-kulat, anti-kuman, anti-bakteria dan anti-virus.

 

Ingat tau para ibu hamil sekalian, kalau terdapat tanda-tanda ibu-ibu sedang mengalami kencing kotor, segeralah bertindak. Kalau masih baru, pastikan amalkan semua tips yang disarankan. Jika para ibu dapati masalah kencing kotor masih ada atau berlarutan, segeralah berjumpa dengan doktor.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “9 Tips Atasi Masalah Kencing Kotor Ibu hamil Agar Tidak Terus Merebak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge