• Putrajaya, Malaysia
  • October 12, 2024

Biji-bijian biasanya merupakan makanan yang mengandungi tinggi kandungan nutrisi penting seperti serat, omega-3, mineral dan sebagainya. Ini termasuklah biji labu yang lebih dikenali sebagai kuaci yang dimakan sebagai snek. Biji labu ni kaya dengan mineral serta tinggi aktioksidan yang penting untuk melawan penyakit.

 

 

khasiat dan kebaikan biji labu untuk kesihatan - nutriferon

 

 

Bagaimana Biji Labu Mampu Meningkatkan Kesihatan

 

1) Sumber Zinc Yang Baik

Badan Kesihatan Seduia (WHO) telah mengakui bahawa bji labu merupakan makanan terbaik untuk meningkatkan penyerapan Zinc ke dalam badan. Zinc diperlukan oleh tubuh untuk menyokong fungsi ratusan jenis enzim, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, dan membantu mempertahankan fungsi reproduksi.

 

2) Tinggi Antioksidan

Selain sayur dan buah, biji labu juga membekalkan antioksidan yang tinggi. Jadi, makan biji labu ni sangat bagus sebagai amalan harian kerana biji labu ni mengandungi pelbagai jenis zat antioksidan, malah lebih baik daripada makanan yang lain.

 

3) Mengandungi Vitamin E

Biji labu ni pun kaya dengan Vitamin E. Malah, biji labu mengandungi hampir semua bentuk Vitamin E seperti alpha tocopherol, gamma tocopherol, alpha tocomonoenol, gamma tocomonoenol dan gamma tocopheral.

Sebab apa kalau boleh kita nak semua jenis Vitamin E ni? Sebabnya ada di antaranya yang mudah diserap oleh badan. Jadi kita akan dapat bekalan Vitamin E dengan mudah. Di antara khasiat Vitamin E ni adalah mempertahankan kesihatan kulit (awet muda gitu!) dan kesihatan reproduksi.

4) Mengandungi Fenol

Fenol yang dijumpai di dalam biji labu termasuklah caffeic, vanilat, asid syringic, coumaric, ferulat dan sinapic. Fenol ni bermanfaat untuk membantu melindungi sel-sel tubuh kita daripada kerosakan akibat daripada radikal bebas.

 

5) Mengandungi Mineral Penting

Biji labu sangat tinggi fosforus, mangan, triptofan dan magnesium. Fosforus ni sangat pemting untuk pembentukan tulang yang sihat, pencernaan yang baik, sintesis protein, keseimbangan hormon dan penyerapan nutrisi.

Mangan diperlukan untuk metabolisme yang betul, metabolisma tulang, fungsi normal tiroid, dan membantu penyerapan kalsium,

Tryptophan diperlukan untuk menjaga emosi (mood) dan meningkatkan fungsi mental. Asid Amino Tryptophan ini juga ditukarkan kepada serotonin dalam badan dan ini akan membantu tidur yang lebih lena.

Magnesium pula sangat penting untuk semua fungsi tubuh (transmisi impuls saraf, pengaturan suhu tubuh, sumber energi dan detoksifikasi), baik untuk kesihatan jantung, juga sebagai penenang semulajadi.

 

6) Melindungi Prostat & Saluran Kencing

Pelbagai jenis kajian klinikal telah mengesahkan manfaat labu memberi kesan yang sangat bermanfaat dalam merawat dan mengurangkan insiden Benign Prostatic Hypertrophy (BPH – satu keadaan di mana kalenjar prostat menjadi besar).

Asid lemak Omega-3 dan sterol dalam biji labu dipercayai boleh meningkatkan fungsi saluran kencing dan pundi kencing.

 

7) Tinggi Protein

Biji labu mempunyai tahap protein yang tinggi yang mudah dihadam untuk membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah apabila dimakan sebagai snek sepanjang hari. Apabila gula dalam darah menjadi stabil, ini bermakna berat badan dapat dikurangkan.

 

8) Anti-Radang Semulajadi

Dalam kajian yang telah dijalankan ke atas haiwan, apabila biji labu ditambah di dalam diet, keputusan anti-radang adalah setanding dengan keberkesanan dadah Indomethacin tanpa kesan sampingan.

 

9) Merendahkan Kolestrol

Sebatian phytosterol dipercayai boleh merendahkan paras kolestrol. Daripada kumpulan kekacang dan biji benih, biji labu mempunyai jumlah kedua tertinggi sterol (selepas biji bunga matahari dan pistachio di tempat pertama).

 

10) Tinggi Serat

Apabila mengandungi tinggi serat, maka lebih banyak tenaga diperlukan untuk proses penghadaman biji labu ni. Bila banyak tenaga digunakan, akan banyak lagilah kalori terbakar. Jadi ia turut juga menjadi penyumbang kepada penurunan berat badan.

 

Namun suka saya nak ingatkan, snek biji labu kat pasaran tu biasanya bersalut garam atau gula yang tinggi. Jadi bahayalah pulak kalau makan banyak-banyak kan? Karang tak pasal-pasal pula bacaan gula dan darah tinggi naik mendadak. Jadi, carilah biji labu yang takde bahan tambahan. Yang asli lagi original.

 

Kat Mana Nak Dapatkan Khasiat Biji Labu Dengan Mudah

 

 

imun tubuh

 

Sebenarnya, boleh je nak amalkan Nutriferon. Nutriferon ni kandungan utamanya ialah Biji Labu, Biji Plantago, Bunga Japanese Honey Suckle dan Bunga Safflower.

Nutriferon ni bukan sahaja famous sebagai penggalak sistem pertahanan badan, malah turut bermanfaat untuk kesihatan. Ia didatangkan di dalam sachet individu, jadi senang nak bawa ke mana-mana.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

8 thoughts on “Kebaikan & Manfaat Biji Labu Untuk Kesihatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge