Apakah Eczema (Ekzema)?
Eczema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal. Eczema di kalangan kanak-kanak selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun.
Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Eczema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.
Eczema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti eczema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.
Eczema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.
Apakah Simptom/Tanda-tanda Eczema
Salah satu cirinya ialah ruam kulit yang sangat gatal. Terdapat ruam merah yang timbul pada kulit, terasa gatal, serperti gigitan nyamuk yang kelihatan lebam-lebam.
Eczema pada kanak-kanak selalunya muncul di sekitar siku dan belakang lutut. Manakala ezcema pada orang dewasa pula biasanya paling teruk di bahagian tangan.
Namun, ezcema boleh juga berlaku di bahagian badan yang lain.
Punca Eczema
Sehingga kini, punca sebenar eczema masih belum dikenalpasti, namun terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang menyebabkan berlakunya eczema.
Faktor Dalamanan (Fizikal)
Ahli keluarga yang ada sejarah mengidap penyakit eczema, asma atau alergi rhinitis.
Perubahan emosi yang ketara seperti keresahan dan stress.
Pemakanan dan minuman seperti alkohol, produk tenusu, gandum, telur, makanan laut, pengawet dan pewarna makanan.
Faktor Luaran (Persekitaran)
Bahan-bahan iritasi: Asap rokok, bahan-bahan kimia, cuaca yang terlalu panas dan lembap
Alahan (Allergens): Sabun, syampu, serbuk bahan pencuci, kosmetik, kulat, debunga, haiwan peliharaan dan hama habuk rumah (house dust mite).
Kitaran Eczema
Eczema disifatkan sebagai kecacatan fungsi penghadang kulit yang menyebabkan “allergens” atau alahan mudah meresap ke lapisan kulit dan seterusnya mengakibatkan kehilangan kelembapan kulit yang banyak.
Eczema menyebabkan kegatalan yang amat dan keinginan untuk menggaru. Tahap kegatalan akan meningkat apabila kulit semakin kering. Jika digaru berulangan, lapisan kulit akan terkoyak dan dan menyebabkan ruam yang semakin teruk.
Langkah-langkah Pengawalan Eczema
- Mengawal kitaran eczema dengan melembapkan kulit
- Mengubati keradangan
- Mengelakkan penggunaan sabun atau bahan kimia yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit.
- Mengelakkan makanan yang menyumbang kepada eczema
- Menjaga kebersihan diri, tempat tinggal dan persekitaran.
- Kurang berada di luar rumah terutama mereka yang alergik terhadap debunga (pollen)
Untuk mengetahu lebih lanjut tentang cara rawatannya, sila ke entri Eczema & Alternatif Rawatannya.
Terima kasih 🙂
Naimah Wahab
info yang sangat membantu, tq
Welcome. Semoga bermanfaat:D
Assalamualaikum….selain dr injection, supplement or alternatif lain…sy ada penawar & ikhtiar utk eczema…atas kehendak-Nya eczema dpt dikurangkn & memulihkn…sy x dpt nk reply msg anda tp anda boleh follow fb sy rossa lieza or boleh pm sy 016-9755657 utk lebih detail – agen sah produk renoskin_medicserum…tq
adakah penyakit ini akan berjangkit ke orang lain especially kanak2 atau bayi.
Eczema tak berjangkit. Tingkatkan imun tubuh pengidap, jaga makan, biar nutrisi cukup, elakkan punca yang trigger eczema tu. InshaaAllah cepat pulih atau kurang risiko serangan.