• Putrajaya, Malaysia
  • March 28, 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

 

Tajuk kali ni agak panas sikit. Tapi tak tahulah kalau dia jadi panas banyak?

 

Ape kes pulak tetiba keluar nama Denaihati ni? Nak cari gaduh ke apa?

 

Blogger Famous

Sebenarnya kan, dah lama saya nak buat entri pasal Denaihati tapi disebabkan ada tugasan yang perlu dibereskan terlebih dahulu, jadi saya hold jer lah hasrat saya ni.

 

Kalau ikutkan ada tugasan baru, tapi jiwa ni bagai meronta-ronta nak buat entri ni jugak.

 

Terpanjanglah pulak intronya 🙂

 

Entri ini saya tujukan khas buat tuan Denaihati. Kenapa plak? Saya nak berterima kasih pada beliau sebab sudi berbalas kunjungan ke teratak saya yang masih lompong sana sini ini.

 

Mesti korang tertanya-tanya, kenapa Denaihati, kan kan?

 

Hehehehe….yelah kan, beliau kan blogger famous, tersenarai dalam top ten malaysian’s blogger. Pastu dapat macam-macam anugerah. Di antaranya ialah Best Of The Best Blog 2012, Most Creative Blog 2013 dan Best Personal Blog 2013. Semoga banyak lagi anugerah yang bakal dimenangi nanti.

 

Blog beliau pun best. Macam-macam topik ada. Nak tahu pasal apa, Blogging Tips? Travel Log? Penulis Jemputan? Buat Duit? Contest? Teknologi? Advertorial? Isu Semasa? Islam? Memang berbaloi kalau selalu singgah ke sini. 🙂

 

Bagi saya, beliau patut dijadikan blogger contoh. Bukan mudah nak cari blogger yang famous tapi masih sudi menjenguk blogger hingusan macam saya ni…..huhuhu…syahdulah pulak.

 

Sebenarnya apa yang cuba saya perkatakan di sini, menerima kunjungan dan sapaan balas daripada blogger terutamanya yang dah ada nama ni adalah satu penghargaan. Memang rasa terharu, excited dan gembira.

 

Ni bukan bermakna saya tak hargai kawan-kawan blogger yang lain tau. Saya pun happy sangat bila CikTom, Aiza, Puteri, Ririn, Anuar, Zufar dan yang lain-lain selalu datang ke sini.

 

Saya yakin, ramai lagi blogger famous di luar sana seperti tuan Denaihati tapi mungkin belum bersua blog lagi.

 

Bagi saya, Tuan Denaihati ni terasa simple orangnya tapi banyak ilmu dan baik hati walaupun saya tak pernah bersua muka dengan beliau.

 

The Best Blogger Award saya nak kasi kat beliau kalau ada……heeeee

 

Note: Entri ini bukan permintaan daripada sesiapa pun, okay. Saya karang pun on the spot jer sambil bf baby. Oke, nak sambung kemas rumah plak sebab esok ada tamu jauh nak datang…..tata…eh, wassalam.

 

Terima kasih 🙂

 

Naimah Wahab

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

16 thoughts on “Kenapa Denaihati???

  1. blog denaihati memang best. team sokongan dia pun terdiri dari orang-orang yang hebat. ada yang gelarkan dia penghulu/ketua kepada blogger-blogger melayu
    azwan recently posted…Lautan HindiMy Profile

Leave a Reply to Ummi Hanie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge