Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂
Bulan puasa ni walaupaun macam lambat lagi, lebih kurang dalam 3 bulan akan datang, tapi tak salah kan kita buat persediaan awal. Lagipun tips ni boleh juga diamalkan oleh mereka yang suka berpuasa sunat. Tips yang sesuai sepanjang masa gitu:)
Oppssss, juga sangat-sangat membantu ibu yang sedang menyusukan baby, para atlit serta mereka yang bekerja berat. Jadi, inshaa Allah, tak perlulah terpaksa berganti-ganti puasa lepas ni, inshaa Allah.
Bagaimana Tubuh Mendapat Bekalan Tenaga
Tubuh mendapat bekalan tenaga daripada makanan karbohidrat seperti nasi, roti, bubur dan kuih muih. Karbohidrat bertukar menjadi glukos yang disimpan di dalam hati dan otot-otot dalam bentuk glikogen.
Selain itu, tubuh juga mendapat bekalan tenaga daripada pemecahan protein badan yang membentuk glukos melalui proses glukoneogenesis. Bagaimanapun, proses ini berlaku apabila simpanan karbohidrat habis digunakan oleh tubuh.
Di sinilah juga hikmahnya disarankan melewatkan sahur agar tenaga daripada karbohidrat dapat bertahan lebih lama kerana glikogen daripada karbohidrat cepat diproses oleh tubuh.
Tips Pemakanan Sewaktu Berpuasa
- Sewaktu berbuka, lebihkan makanan mudah hadam seperti jus buah-buahan, bubur, sup, kuih-muih dan roti putih. Kurma adalah contoh terbaik kerana tinggi serat, gula, karbohidrat dan zat galian yang baik untuk kesihatan.
- Kurangkan makanan berlemak/bergoreng kerana boleh menyebabkan ketidakhadaman seterusnya pedih ulu hati.
- Kurangkan makanan terlalu manis – terlalu cepat hadam dan sebabkan badan mudah letih.
- Elakkan makanan terlalu pedas terutama pengidap gastrik kerana boleh merangsang terlalu banyak asid gastrik.
- Elakkan minuman bergas/berkarbonat dan berkafein (teh, kopi) kerana menyebabkan anda lebih kerap buang air dan mempercepatkan kehilangan cecair dalam tubuh.
- Banyakkan meminum jus buah-buahan, susu atau air kosong sepanjang selepas berbuka dan bersahur.
Tips Shaklee & Puasa
ESP
ESP agak terkenal sebagai energy booster kerana mengandungi Indeks Glisemik yang rendah. Apabila Indeks Glisemik rendah, maka, gula akan dilepaskan secara perlahan-lahan di dalam darah. Keadaan ini sekaligus membolehkan bekalan tenaga berterusan diperolehi oleh tubuh sepanjang hari berpuasa.
Indeks Glisemik yang rendah juga memberikan rasa kenyang yang berpanjangan. Sebab itu tidak terasa lapar sewaktu berpuasa.
Performance Drink
Performance Drink berperisa oren merupakan minuman isotonik yang bebas gas atau tidak berkarbonat.
Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepatkan kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh, sekaligus mengatasi masalah dahaga (KURANG HAUS)
Ianya bersifat isotonik iaitu minuman yang mempunyai kepekatan karbohidrat yang sama dengan tubuh kita. Dengan itu, penyerapan lebih mudah sekaligus meningkatkan kadar gula dalam darah. Maka kesannya – tubuh KURANG PENAT dan LEBIH CERGAS!
Gabungan ESP dan Performance Drink akan memberi impak maksima untuk tenaga harian anda.
NOTA: Kalau anda ingin berjimat dengan ESP pada bulan Mac ini, jangan lupa hubungi saya. Dah boleh buat stok untuk Ramadhan nanti. Expired date produk Shaklee selalunya lebih daripada setahun.
Jom kekal cergas bertenaga sepanjang hari walaupun sedang berpuasa.
Terima kasih 🙂
Terima kasih di atas perkongsian info.. Bagusnya produk Shaklee ni.. Ada produk yang dapat memberi kecergasan sewaktu berpuasa…
Anuar recently posted…Rujukan Terkini Peperiksaan Pegawai Arkib S41
Sama2. Inshaa Allah, yang penting semulajadi, berkesan, selamat dan mesra alam
Tak syok juga kalau lesu je sepanjang hari.. Biar bertenaga sikit baru boleh aktif ketika puasa..
azlanvai recently posted…Elemen penting SEO [Infografik]
Aah, betul betul tu 🙂
bulan puasa kalau sentiasa segar memang best, tapi itulah ujian yang kena tempuh. bagus ada produk macam ni.
Denaihati recently posted…Kesilapan ketika solat Jumaat
Betul tn. Denaihati, keletihan puasa itu berpahala. Tapi x boleh dijadikan alasan untuk x produktif 🙂
bulan puasa pun dah semakin dekat, in sha allah boleh beli nanti 😉
cik lisa recently posted…Cash Out 8share & Template Baru
Boleh sesangat cik lisa, cuma kalau cik lisa nak jimat, bulan mac ni jer dapat, kalau tak, harga biasa jer