• Putrajaya, Malaysia
  • April 19, 2024

Tahukah anda dengan mengelakkan pengambilan karbohidrat harian boleh memudaratkan kesihatan?

Ini kerana karbohidrat merupakan sejenis kelas makanan yang sangat penting kepada manusia kerana karbohidrat adalah sumber tenaga utama untuk menjalankan pelbagai aktiviti.

 

 

karbohidrat sihat

 

 

Fungsi Utama Karbohidrat

Apabila badan kita memerlukan tenaga, ia akan mencari karbohidrat terlebih dahulu.

Sekiranya kita tidak mengambil karbohidrat pada kadar yang mencukupi, badan kita akan mencari sumber tenaga daripada yang lain seperti protein yang terdapat di dalam tisu otot.

Namun demikian, protein bukanlah merupakan sumber tenaga yang berkesan untuk tubuh kita ni.

Selain daripada sumber tenaga terpenting, karbohidrat juga bertindak melindungi otot dan membantu mengawal jumlah gula yang beredar dalam darah supaya semua sel akan mendapat tenaga yang diperlukan.

 

Sumber Makanan Berasaskan Karbohidrat

 

 

karbohidrat ringkas vs karbohidrat kompleks

 

Karbohidrat boleh hadir di dalam dua bentuk iaitu ringkas dan kompleks. Kedua-dua jenis karbohidrat ni terdiri daripada unit-unit gula. Perbezaannya adalah jumlah unit gula yang dimiliki serta bagaimana keadaan ikatan unit-unit gula tersebut.

Karbohidrat ringkas adalah gula yang memberikan kita tenaga segera dan lazimnya tidak mengandungi apa-apa nutrisi dalam pemakanan. Ianya termasuklah gula-gula, gula putih serta air berkarbonat.

Karbohidrat kompleks pula akan bertindak mengeluarkan tenaga secara perlahan-lahan dan selalunya tinggi dengan kandungan serat.

Sumber makanan karbohidrat yang lebih sihat ini termasuklah nasi, roti, pasta, ubi, bijirin serta kekacang.

 

Penggunaan Harian Karbohidrat

Penggunaan karbohidrat seharian biasanya terdiri daripada 45-60% daripada jumlah pengambilan kalori secara keseluruhan.

Hasil kajian mengesyorkan agar orang dewasa mengambil di antara 120-125 gram karbohidrat setiap hari bagi memenuhi keperluan asas.

 

Kesan Karbohidrat Berlebihan

Sekiranya kita mengambil karbohidrat secara berlebihan, pada masa yang sama kita kurang melakukan aktiviti fizikal atau tidak melakukannya langsung, karbohidrat yang tidak digunakan tadi akan disimpan sebagai lemak.

Keadaan ini akan menjadi punca berlakunya pertambahan berat badan serta pelbagai masalah kesihatan yang lain.

Jadinya, karbohidrat memang sangat penting dan diperlukan oleh tubuh kita, namun, pengambilannya perlulah dikawal tanpa perlu dielakkan.

Kredit : http://www.nutrilite.com

 

SHAring Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Facebook: Naimah Wahab

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

4 thoughts on “Kenapa Tidak Boleh Tinggalkan Karbohidrat Dalam Diet Seharian

  1. Semua zat gizi penting untuk tubuh jika dikonsumsi dalam kondisi yang sewajarnya dan secukupnys, namun jika berlebihan tentu bisa menjadi tidak baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge