• Putrajaya, Malaysia
  • March 28, 2024

Lecithin memang sinonim dengan mereka yang ingin kurus. Namun, masih banyak lagi peranan Lecithin untuk kesihatan badan kita. Asasnya, Lecithin berfungsi sebagai pemecah lemak (fat emulsifier). Lecithin boleh didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

 

 

Fungsi Lecithin untuk kesihatan

 

 

Kandungan Lecithin

  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Namun, badan kita tidak boleh menghasilkannya. Maka ia perlu diambil melalui diet harian.
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej didalam otak dan sistem saraf.
  • Inositol – sebagai komponen utama membran/selaput sel dalam tisu di seluruh badan.

 

Kegunaan Lecithin Paling Utama

  • Untuk proses metabolisma, kolestrol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum kolestrol dan meningkatkan kolestrol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluh-pembuluh darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolestrol.

 

Fungsi-fungsi Lecithin Yang Lain

Penting Untuk Fungsi Otak

  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak – berfikir, ingatan konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dan sebagainya.
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak.
    • Jika bekalannya mencukupi, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan.
    • Jika tidak mencukupi, fungsi yang terlibat akan terganggu.
    • Acethylcholine dihasilkan daripada cholin. Cholin mudah diperolehi daripada Lecithin.
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak terdiri daripada Lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah Lecithin.

 

Untuk Kaum Tua @ Warga Emas

  • Lecithin sangat diperlukan oleh mereka yang uzur yang disebabkan oleh angin, strok (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh orang yang tua.
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca berlakunya darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dan sebagainya.

 

Untuk Penghadaman

  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil ‘bile’ daripada kolestrol. Bile sangat penting untuk proses penghadaman.

 

Untuk Sel

  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak daripada makanan ke sel-sel dalam badan.

 

Untuk Kesihatan Kardiovaskular (Jantung)

  • Fungsi utama Lecithin adalah sebagai ‘Fat Emulsifier’ yang sangat penting untuk perlindungan jantung.

 

Banyak rupa-rupanya kegunaan Lecithin ni ye. Yang pastinya, fungsi Lecithin bukan sebarang fungsi, bukan untuk kurus atau masalah susu tersumbat sahaja, tetapi melibatkan kelangsungan proses organ dan sistem tubuh yang agak genting.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “Kepentingan Lecithin, Bukan Sekadar Untuk Kurus Semata-mata

Leave a Reply to Naimah Wahab Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge