• Putrajaya, Malaysia
  • April 19, 2024

Islam mahukan umatnya sihat daripada sudut fizikal supaya kesihatan tersebut dapat membantu mereka memikul tanggungjawab pengabdian kepada Tuhan dengan baik.

Di dalam surah al-Baqarah, ayat 247, Allah menceritakan kelebihan yang ada pada Thalut sehingga menyebabkan beliau dilantik menjadi raja bani Israel suatu ketika dahulu.

 

 

Aktiviti fizikal

 

Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah memilihnya menjadi rajamu dan menganugerahinya dengan ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa”.

Rentetan daripada ini, menurut Muslim, Nabi Muhammad SAW bersabda, “Sesungguhnya orang mukmin yang gagah lebih baik dan lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah”.

 

Kegemukan & Berat Badan Berlebihan

Menurut Baihaqi, Nabi Muhammad SAW bersabda, “Mengambil makanan secara yang berlebihan membawa keburukan”.

Dalam riwayat lain pula, menurut Bukhari, Nabi Muhammad SAW diberitahu berkenaan seorang lelaki yang kuat makan. Kemudian, lelaki tersebut memeluk Islam dan mengurangkan pengambilan makanannya.

Berita ini sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW dan baginda bersabda, “Orang mukmin makan dengan satu perut dan orang kafir makan dengan tujuh perut”.

Islam sangat membenci sikap yang melampau-lampau dalam makan dan minum. Imam Ghazali berkata, “Kekeyangan dapat menyebabkan hawa nafsu bergelora dan mendatangkan penyakit-penyakit kepada tubuh badan”.

 

Risiko Kegemukan Terhadap Kesihatan

Kegemukan adalah penyakit yang kronik disebabkan oleh cara hidup yang tidak sihat, iaitu malas bersenam dan banyak mengambil makanan yang tinggi kadar kalorinya.

Tenaga kalori yang tidak digunakan bertukar menjadi lemak dan lebihan lemak akan menyebabkan lebihan berat badan dan akhirnya kegemukan.

Keadaan ini akan meningkatkan risiko seseorang menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, strok, radang hempedu (gall bladder), kanser prostat, kanser payudara dan kanser usus besar.

British Nutrition Foundation pada tahun 1999 melaporkan, wanita putus haid yang gemuk menanggung risiko tinggi menghidap barah payudara.

Pada hari ini, lebih kurang 97 juta orang rakyat Amerika menghadapi masalah lebihan berat badan dan kegemukan.

 

Cara Mengukur Kegemukan

Di antara cara yang popular untuk mengukur kegemukan ialah dengan mengira Indeks Berat Badan atau Body Mass Index (BMI).

 

Cara kira BMI = Indeks Berat Badan

 

Jumlah yang diperolehi kemudiannya dibandingkan dengnn carta klasifikasi IOTF atau International Obesity Task Force seperti di bawah:-

 

 

Kegemukan bermula apabila BMI seseorang mencecah 30.0. BMI yang melebihi paras 40.0 dianggap berbahaya dan boleh mengancam nyawa seseorang.

Oleh yang demikian, pastikan BMI kita berada pada kadar bacaan ideal agar risiko penyakit berbahaya akibat kegemukan dapat dielakkan.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

4 thoughts on “Kesihatan Fizikal Menurut Pandangan Islam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge