• Putrajaya, Malaysia
  • May 6, 2024

Nak cantik makan tomato, nak kulit menarik, tampal tomato, nak mee goreng sedap, tambah sos tomato. Hidup macam tak best pulak tanpa tomato…hehe

Buah tomato memang comel, sebagus khasiatnya. Tarikan utama tomato khasnya tomato ceri datang dari warna merahnya.

20140417-115422.jpg

Merah tomato disebabkan oleh kehadiran likopen iaitu karoten dan pigmen karotenoid yang boleh didapati di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran lain seperti lobak merah, tembikai betik tetapi tidak terdapat pada strawberi dan ceri.

Makanan yang mengandungi likopen ini boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan sakit jantung.

Buah tomato merupakan buah yang sangat kaya dengan kandungan anti-oksidan.

Anti-oksidan membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan, melancarkan peredaran darah, menghalang pembengkakan dan radang serta bertindak sebagai bahan antibakteria, antivirus, antikanser dan pelindung kepada alahan.

Lepas ni, jangan lupa jadikan tomato sebagai menu harian anda.

Terima kasih 🙂

iR Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019-937 7380
Shaklee ID: 1001144
.

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge