• Putrajaya, Malaysia
  • December 11, 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

 

Gemuk ni ni bukan sebab makan banyak jer tau. Ada yang disebabkan hormon yang tidak stabil, ada juga disebabkan metabolisma rendah, tidak kurang juga gemuk air atau secara istilahnya retensi air.

Cara mudah untuk mengenalpasti anda mengalami masalah gemuk air ialah apabila bahagian badan anda seakan-akan lembik dan beralun.

Terdapat beberapa cara untuk menangani gemuk air.

 

 

gemuk air

 

 

Tips Mengatasi Gemuk Air

 

1) Rutin Berolahraga

Aktiviti olahraga atau fizikal (juga dikenali sebagai kardiovaskular) yang dilakukan secara untuk rutin seperti berlari, berjoging dan berjalan pantas mampu mengurangkan masalah gemuk air.

Macam mana tu? Apabila anda melakukan aktiviti fizikal, sudah pasti badan akan mengeluarkan peluh. Secara tidak langsung ia akan memberi keseimbangan kandungan air dalam badan.

Berpeluh juga membuatkan kita haus. Meminum air kosong turut membantu menggantikan peluh yang keluar. Proses ini pun memberi keseimbangan air dalam tubuh.

 

2) Elakkan Garam Berlebihan

Kandungan sodium yang terlalu tinggi  akan menyebabkan badan menyimpan air di dalam badan dengan banyak dan sukar untuk melepaskannya.

Makanan yang tinggi garam atau sodium selalunya terdiri daripada makanan segera, makanan yang siap dimasak, juga makanan yang diawet. Perasa makanan juga selalunya tinggi sodium.

Sekiranya anda menggunakan sos atau kicap, tidak perlu menambah lagi garam di dalam masakan tersebut.

Pastikan juga merasa masakan anda terlebih dahulu sebelum menambah sebarang garam atau gula.

 

3) Pemakanan Karbohidrat Kompleks dan Protein

Individu yang mengalami gemuk air disarankan agar melebihkan pengambilan karbohidrat kompleks dan protein kerana boleh membantu menyingkirkan sodium daripada tubuh. Makanan yang tergolong di dalam jenis ini ialah seperti kekacang, roti, buah-buahan dan sayur-sayuran.

 

Namun, apa yang paling penting adalah ketahui prinsisp asas pemakanan yang sihat. Gemuk air atau gemuk lemak, prinsip asasnya adalah sama iaitu menikmati hidangan berkualiti, serta tahu jumlah kalori yang diambil dan mengawal jumlah kalori yang diperlukan agar kekal cergas dan sihat.

 

4) Elakkan Makanan Tinggi Kalori

Kunci kejayaan diet yang berjaya ialah cara anda menguruskan pengambilan kalori yang bersesuaian dengan keperluan tubuh anda.

 

Cuba elakkan makanan tinggi kalori dan berlemak seperti pizza, burger, coklat dan sebagainya. Kalau tak, sia-sialah usaha anda berdiet selama ini.

 

Ketahui juga 10 Kesilapan Sewaktu Berdiet serta Turun 10 KG Dalam Sebulan Secara Sihat.

 

Selamat Tinggal Gemuk Air!!!

 

Terima kasih 🙂

 

iR Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019-937 7380
Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge